Follow Me ^_^

Saturday, August 30, 2008

MERDEKA !!

HAYATILAH videO Detik kemerdekaan Ini..=)



MErdeka 51..


Tema : Perpaduan Teras Kejayaan

Rekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan ”Perpaduan Teras Kejayaan”.

3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara.

3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan.

Warna merah simbol keberanian rakyat. Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Petuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.


pS : Selamat menyambut Hari kemerdekaan yg Ke 51 !! Semoga Negara kita Sentiasa di Rahmati Allah..Takbir !! =)

Wednesday, August 27, 2008

konsert Avril

20 Ogos 2008 : HELWANI GAMIS di pejabat DBKL





29 Ogos 2008 : Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan mengambil sikap meneruskan semula rancangan asal persembahan itu, yang dijadual jam 9 malam 29 Ogos, hujung minggu lalu.

iQbaL ::

kenaPaKLah kementerian teruskan jugak konsert ni..tidak sentitif langsung terhadap kehaDiran Bulan Ramadhan & Bulan kemerdekaan..Adakah Ini merupakan satu Program "persediaan" Menyambut Bulan Ramadhan & bulan Kemerdekaan ?? -Pandai2 pk la..

NEW ::

Kira-kira 100 mahasiswa memulakan himpunan dengan bertakbir sebaik sahaja selesai solat Jumaat. Demonstrasi anjuran Gamis itu merupakan satu bentuk bantahan mahasiswa yang prihatin terhadap konsert yang melalaikan dan boleh menyumbang ke arah maksiat.


AUKU

Mahathir Mohamad ::
"Jika hari ini penuntut lebih dewasa dan bertanggungjawab batalkan sahaja AUKU"
full text ::
iQbaL ::
"Ya penuntut Hari ini lebih dewasa & bertanggungjawab !!"

Tuesday, August 26, 2008

Harapan Ramadhan



Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :

"Umatku talah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah pun diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang sedang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar(keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa. Allah mempersiapkan dan menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya : " Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu. Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir bulan Ramadhan (orang-orang Islam yang berpuasa ini ) akan diampunkan.Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya : "Wahai Pesuruh Allah adakah itu malam Lailatul Qadr?" Dijawab oleh Rasulullah SAW "Tidak tetapi selayaknyalah seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya"

Ulasan

Rasulullah SAW telah menyebut di dalam hadithnya tentang lima perkara yang dianugerahkan oleh Allah SWT yang belum pernah diberikan kepada umat yang (berpuasa) sebelum ini. Jikalau kita benar-benar dapat menghargai kurniaan yang besar daripada Allah ini , maka sudah tentulah kita akan cuba dengan ikhlasnya memperolehi kurnian-kurnian yang khas ini. Pertamanya, kita diberitahu bahawa bau yang keluar daripada mulut orang-orang yang berpuasa itu terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ahli-ahli tafsir menyebut lapan kemungkinan maksud-maksudnya. Di antaranya tiga maksud diberikan penjelasan yang paling dapat diterima :

Sebahagian daripada mereka berpendapat bahawa di hari akhirat Allah akan mengganjari dengan haruman kepada bau mulut orang yang berpuasa dengan haruman yang terlebih semerbak dan segar daripada bau kasturi (Durri Manthur)

Pada hari kiamat tatkala kita bangun daripada kubur, suatu bau harum akan terkeluar daripada mulut orang-orang yang berpuasa yang terlebih harum daripada bau kasturi.

Tafsiran yang paling dapat diterima pada pandanganku ialah yang mengatakan bahawa bau yang keluar daripada mulut itu di dunia ini terlebih harum di sisi Allah daripada kasturi .


Enjoy This Video...HArapan Ramadhan.. =)

My dReam car...


everyone for sure have their own dream car..for me..i'm chose BMW3 series for individual...the price might be lil bit expensive but for me it Worth it.. :)

Anda Mungkin Meminat Post ini Juga :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...