Umurku kini hampir mencecah 26 tahun, jika tidak silap, dalam ingatan 4 tahun lepas ketika diriku mendaftarkan perniagaan, dimulakan dengan sungguh bersemangat, namun kosong pengalaman, jadi memang suatu yang sukar untuk terus melangkah, dalam langkahan mengharungi kesukaran itu, perasaan takut, kurang berkeyakinan, pemalu dan sebagainya kerap muncul, dan ia menyumbang kepada terkubur perniagaan itu begitu sahaja.
Setahun selepas itu cuba nasib untuk makan gaji, atas alasan ingin mencari pengalaman. Alhamdulillah, sebuah agensi badan berkanun sudi menerima. Kini sudah hampir 3 tahun berkhidmat. Banyak pengalaman dan latihan yang diterima. Keyakinan sudah mula terbina, kemahiran berkomunikasi sudah sedikit ada, begitu juga pengalaman mengurus manusia.
Hari ini sepupu perempuanku mendaftarkan perniagaannya, tiba-tiba semangat 4 tahun dahulu datang menjelma. Cuma kedudukannya sedikit berbeza. Adakah ini petanda? Sudah masanya untuk melangkah semula?
iQbaL86: Dari Sudut PandanganKu
Follow Me ^_^
Friday, December 07, 2012
Langkah Semula
Saturday, November 03, 2012
Johor, Saya Datang.
Sudah hampir 3 tahun saya berhijrah ke negeri orang, tidak sedikit pengalaman yang ditimba, Alhamdulillah, saya dipertemukan dengan sahabat yang baik-baik, bos yang baik-baik, rakan sekerja yang baik-baik, hatta pemimpin tempatan juga yang baik-baik, pengalaman itu cukup bermakna, kami buat aktiviti bersama-sama, berjumpa dan menyampaikan dasar kerajaan pada orang kampung, menyelesaikan masalah, dan berusaha mencapai matlamat yang ditetapkan dengan bersungguh.
Namun saya berpendapat Skil pengurusan saya masih lemah, mungkin pendekatan yang saya ambil tidak sesuai dan begitu longgar, walaupun saya rasa pendekatan itu bersesuaian mengikut situasi semasa. Apa pun, ia semua berbalik pada pencapaian, walaupun saya percaya rakan sekerja saya sudah bersungguh-sungguh melaksanakan tugas mengikut apa yang telah dipersetujui bersama, namun pencapaian masih tidak dapat dicapai sepenuhnya seperti apa yang dirancang, bagi saya, itu bukan salah rakan sekerja saya, itu salah saya, skil pengurusan saya masih lemah !
Untuk itu, saya bercadang untuk menyambung pelajaran sepenuh masa di kampung saya di Johor Bahru untuk meningkatkan Ilmu pengurusan saya. Diharapkan dengan pengalaman yang sedikit hasil hijrah selama 3 tahun dapat membantu dalam pembelajaran saya kelak dan kemudiannya diterapkan dalam organisasi saya sendiri.
Hakikatnya, Ia bukan satu keputusan yang mudah. Saya sangat sayang dengan sahabat, rakan sekerja dan pekerjaan ini, namun saya harus mulakan langkah kehadapan untuk terus maju dan berjaya serta memilih untuk kehidupan yang lebih teratur dan selesa untuk keluarga.
Buat Dua Cahaya, percayakan saya, insyaAllah Allah permudahkan segalanya. ^_^
#Johor.Saya.Datang#
Wednesday, September 28, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)