Follow Me ^_^

Thursday, February 26, 2009

Dividen Tabung Haji : 5%

Berita baik bagi penyimpan/pendeposit Tabung Haji. Semalam, Tabung Haji telah mengumumkankadar dividen sebanyak 5% kepada 4.2 juta penyimpannya/pendepositnya bagi tahun 2008.

Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji)  mengumumkan pembayaran dividen sebanyak lima peratus bagi tahun kewangan 2008 tanpa mengisytiharkan sebarang pemberian bonus.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Tabung Haji tidak memberi bonus pada tahun ini disebabkan oleh kekangan dalam rizabnya.

''Pulangan (dividen) yang diberikan ini adalah kompetitif berbanding apa yang ditawarkan oleh institusi perbankan Islam yang lain,'' katanya pada sidang akhbar selepas majlis pengumuman dividen dan prestasi kewangan Tabung Haji di sini hari ini.

Berikut adalah kadar dividen Tabung Haji sepanjang 7 tahun yang lepas :

Tahun 2007 = 5.0% + 2% (bonus)

Tahun 2006 = 4.75%

Tahun 2005 = 4.5%

Tahun 2004 = 4.3%

Tahun 2003 = 4.0%

Tahun 2002 = 3.5%

Tahun 2001 = 3.25%

Wednesday, February 25, 2009

Baru AKu Tahu !

Bismillah..

Segmen Baru..Baru Aku TAhu !

Baru Aku TAhu yang Boleh Baca aPa Yang Ahli2 pArlimen Bahaskan Kat Dewan Rakyat...

Sangat Lengkap, dari Tahun 1960 hinggalah ke yang terbaru ni...
Selamat Membaca ! :)



Sunday, February 22, 2009

aku Dan Layang2..

Bismillah..
Lama aku tak tulis tentang hidup..
mungkin kejadian2 yang ku alami setakat tidak sesuai untuk dikongsi secara terbuka.. :)
tapi hari ini..
InsyaAllah dapat dikongsi bersama..
Hari ini aku P tgk LAyang2..
KAt bukit Layang2..
Sepanjang penganjurannya di sana..
baru sekali ini aku pergi menyaksikannya..
amat meriah..
Aku Pergi bersama mak dan kakak ku..
bertolak jam 11.30 pg..
sampai lebih kurang pkl 12.15..
kakak aku parking kete di kawasan masjid yang berhampiran..
katanya,mudah untuk kami bersolat zohor nnti..
dari kawasan masjid ke tapak lapangan layang2 kira2 10 minit (berjalan kaki)..
pada mulanya tiada satu layang2 pun dinaikkn..
aku mula rasa kecewa..
tapi alhamdulillah..
jam 12.45 ada beberapa layang2 berjaya dinaikkan..
Pelbagai jenis layang2 dapat di lihat..
gelagat pemain layang2 turut jadi perhatian..
cuma,nasibku sedikit kurang baik kerana tidak banyak layang2 dapat dinaikkan pada hari ini..
tapi bagi aku tidak mengapa..
kerana setahu aku acara ini di adakan setiap tahun..
Jam 1.15 ptg aku mula beredar dari tapak lapangan..
cuaca pun kian terik..
aku menuju ke masjid untuk bersolat zohor..
dalam beribu2 manusia yang berkunjung di sana..
hanya kira2 6 saf sahaja dikunjungi manusia..
Mungkin ramai yang berniat musafir.. :)
Selesai solat, perut pun dh lapar..
aku dan kak long membeli aiskirm roti berperisa coklat dan keladi..
setelah aiskrim habis dimakan..
kami pun beredar,bersama hujan lebat yang turun mengiringi kami pulang..

Ini adalah Beberapa Layang2 yang sempat aku ambil gmbrnya : 


Ular Dan Brg Hantu


Helang 

Sponge bob


JOm tengok Gambar layang lain yang aku ambil : http://www.flickr.com/photos/iqbal86/

Anda Mungkin Meminat Post ini Juga :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...