Follow Me ^_^

Saturday, April 18, 2009

MSAM '09: ASB Masih Haram ?

MSAM '09 : 18-27 April 2009
Padang B, Plaza Angsana JB.
5 minit dari rumah aku..haha..

Bismillah...
Diatas adalah Program MSAM yang akan diadakan berdekatan dengan umah aku..
tapi aku tak berniat nak ulas panjang mengenai program tersebut..
bagi aku ianya baik untuk memahamkan warga malaysia tentang apa itu unit saham amanah..

Buat Mereka yang sebelum ini melabur dalam pelaburan yang "tidak Halal" ini mungkin berasa lega kerana Majlis Fatwa Kebangsaan Telah Mengeluarkan Fatwa "Harus"..
Ulasan Ustaz ZAharudin..Lihat Sini

Tapi..
Aku masih Ragu..
Salahkah aku Meragui Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan itu ?
Aku Rasa sedikit bersalah..

Aku Merujuk Kepada laman web ustaz Zaharudin, bagi aku beliau arif dalam bidang ini..
Dalam laman web beliau, ustaz Zaharudin lebih cenderung kepada fatwa yang Mengharamkan seperti yang dikeluarkan oleh majlis Fatwa Selangor(sebelum fatwa kebangsaan dikeluarkan)..

ikuti perbincangan beliau disini.

Setelah mengikuti penilaian beliau secara ilmiah dan terbuka, aku memilih untuk tidak melabur dalam Amanah saham yang ditawarkan oleh PNB..
Memang Benar Fatwa yang dikeluarkan oleh majlis Fatwa selangor secara automatiknya terbatal, Dan Statusnya Kembali HARUS.
Tapi dalam penilaian aku yang kurang ilmu, Statusnya Masih HARAM.
ini kerana,
Aku masih Meragui Jumlah 37% jumlah pelaburan HARAM yang masih diteruskan dalam ASN/ASB.

Bagi aku,
Banyak Lagi Unit-unit amanah Saham yang berstatus Syariah yang boleh dijadikan sebagai alternatif..
lihat senarai unit amanah syariah..Banyak jumlahnya.. lihat sini

Jadi buat Anda berhati-hatilah dalam membuat keputusan dalam membuat pelaburan..
Jika anda pergi ke MSAM '09 cuba bangkitkan isu ini jika berkesempatan..
Supaya Mereka(pihak PNB) sekurang-kurangnya dapat memberi JAMINAN akan mengurangkan dan seterusnya menghapuskan Saham-saham berstatus HARAM dalam pelaburan yang mereka buat bagi pihak Anda..
Anda Mempunyai Hak itu..
Gunakan HAk anda..

Ayuh kita DESAK PNB untuk mendapatkan status Syariah! Dalam Setiap Unit Saham Amanahnya.

"Pilihan Pelabur Bijak"- Motto ASNB



PS : Kini aku mengerti mengapa allahyarham Abahku Hanya mempunyai nilai Pelaburan RM100 sahaja dalam ASB.. :)

No comments:

Anda Mungkin Meminat Post ini Juga :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...