Follow Me ^_^

Thursday, June 04, 2009

Sehari Di Tanjung Piai

Bismillah..

Lama tak Update Blog..
Pergi bercuti menenangkan Hati..hehe..
Dari Isu Chinpeng Ke ISu Stadium Di Terengganu..
Malaysia Tidak pernah Bebas dari dibelenggu..
Moga-Moga segala Isu dapat membentuk jati diri rakyat agar Tidak Layu..

Kembali ke Tajuk diatas..
Sehari di Tanjung Piai..
Perjalanan dari Kampung ku Di KL ( kampung Ladang ) ke Tanjung Piai mengambil masa kira2 2 jam..
pejalanan agak jauh,tapi tidak rasa begitu penat kerana dalam perjalanan, ibu aku suruh memainkan CD Almathurat yang diberikan oleh sahabat ibuku yang baru-baru ini mengadakan majlis pernikahan anak lelakinya..
Agak Unik...tp sangat berguna..( nnti aku kawen nak bagi korang CD tu jugak la)

welcome-tnjg
Tanjung Piai

Taman yang terletak di Hujung benua Asia yang paling ke Selatan..
Dalam Jam 2.30 ptg aku tiba di sana..
SAmpai2 parking kete..kene charge rm3..
Mak n maktok tak larat nak jalan..so mereka rilek kat tempat mkn..
aku n dua org adik aku je yang p explore..
nak masuk sini bayaran yang dikenakan adalah RM5 bagi dewasa dan Rm 3 bg bebudak sekolah..tp kat webite aku tgk flat rate rm3 bg org malaysia..tp takpe..dah tukar kot rate..aku byr je..selamat adik ticket tu senyum kat aku..hehe
pada mulanya aku ingt dekat je..
rupanya jauh la jugak..kira2, 1km..agak penat bg aku yang kurang exercise ni..
tapi pemandangan paya bakau amat menarik walaupun ianya dicemarkan sedikit dengan pembuangan sampah oleh individu2 yang tidak layak dipanggil manusia..
dari jeti, aku boleh nampak singapura degan jelas..kapal2 besar yang ingin berlabuh di singapura dan PTP juga dapat dilihat dengan jelas..angin bertiup redup..sungguh best..
Di tapak penghujung Asia paling Selatan Pula ada la disediakan Globe dunia..boleh tahan, tapi dekorasinya kurang menarik.
globe-tnjng
korang tengok la gambar2 yang sempat aku capture kat flickr aku..
kata org Gambar dapat Berkata2..hehe..

Masalah

aku n adik aku habis explore dalam jam 3.30..dalam sejam je..xde apa sangat..
aku kembali ke pangkuan ibuku..huhu..
mak seperti biasa sedang berbual2 dgn rakan baru..
baru tahu rupanya bermasalah juga penduduk disana, walaupun menjadi penyokong kuat Sebuah parti Melayu..
Ketiadaan elektrik..kerana mereka berstatus setinggan..
tapi yang menjadi ketidak puas hatian mereka, setinggan *CINA dikampung kukup disalurkan pula kemudahan Elektrik..
Mungkin TNB meragui kemampuan org *melayu untuk membayar Bil elektrik..
Dimana Pendekar-pendekar Melayu ? Haih ~

Pulang

Dalam perjalanan balik,
atok aku nak cari sagu rumbia..
ingin dibuat lempeng agaknya..
katanya makanan zaman jajahan jepun dahulu kala..
berpusing2 juga mencarinya..
akhirnya jumpa dikawasan "penerok"..
tokey *cinalah Yang menjualnya..
terkabul sudah keinginan maktok akhirnya..

* No Racism !

1 comment:

tracemyip said...

aku rase PARTI MELAYU yg ko mksdkn 2 brniat baik, dorg xnk melayu kt ctu leka ngn AF n hburn2 astro. klu kte tgk kt indon, org miskin gle pn isap okok. kt mesia, org miskin gle, umh buruk nk mampos, tp ad piring kelabu kt bumbung. pikirkan.

Anda Mungkin Meminat Post ini Juga :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...