Follow Me ^_^

Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Wednesday, March 18, 2009

Migrain

Bismillah...

Hari ni nak cite pasal kesihatan pulak la..

nak kongsi tentang Migrain ! 

Sebab Kawan aku Kene migrain..kesian dia..

Apa itu migrain ?

Migrain ialah satu keadaan di mana sakit kepala terjadi disebabkan oleh aliran darah dan perubahan kimia diotak. Perubahan ini akan menyebabkan  arteri yang membekalkan darah ke otak tersekat dan menimbulkan sakit kepala diikuti oleh rasa tidak selesa pada perut, loya dan pening.Ia juga kadangkala menimbulkan kesan pada pandangan dan menimbulkan satu fenomena pada pemandangan yang dipanggil aura.Ia adalah satu keadaan neurologikal yang biasa dialami oleh penduduk negara maju dan membangun. Ia biasa menyerang pada peringkat usia selepas baligh.Migrain ialah sejenis penyakit keturunan dan mempunyai kecenderungan untuk berulang.Wanita mempunyai kecenderungan mengidap migrain yang lebih tinggi berbanding lelaki(75%), kebiasaan sebelum haid dan selepas menopaus.


Adakah anda pengidap migrain? 

Jika anda mempunyai dua dari simptom-simptom dibawah , bermakna anda juga tergolong dalam golongan domina yang mengidap migrain.

1. Biasakah anda mengalami gejala gangguan saraf seperti gangguan pada pandangan seperti titik buta dan melihat motif seperti zig zag sebelum mengalami sakit kepala?

2. Atau anda seperti melihat sinar cahaya yang amat terang hingga terasa seperti hampir buta dan sesekali melihat objek di hadapan anda mempunyai aura disekelingnya? selalunya gejala ini akan berlaku selama 15 hingga 20 minit dan diikuti oleh sakit kepala yang teruk. 

3. Adakah anda biasa mengalami sakit kepala yang teruk dan berdenyut-denyut disebelah atau satu bahagian kepala sahaja? 

4. Atau anda biasa mengalami diikuti oleh muntah atau cirit-birit? 

5. Biasakah anda merasa amat sensitif dan takut pada cahaya yang terang(fotofobia), merasa amat sensitif pada bunyi(fonofobia) dan merasa amat sensitif pada bau (osmofobia)? 

Jika anda memang mengalami  dua dari gejala diatas bermakna anda berkemungkinan mengalami migrain. Walaubagaimanapun anda perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum  membuat sebarang keputusan atau kesimpulan.

Walaupun begitu sukar untuk menemui penawar yang benar-benar boleh mengubati migrain , keadaan masih boleh dikawal. ubat-ubat dan penawar migrain selalunya membantu pesakit untuk mengurangkan kesakitan dan gejala yang dialami ketika diserang migrain.

Antara herba yang biasa digunakan untuk merawat migrain atau sakit kepala  ialah pokok sembung (blumea balsamifera) dari famili compositae. bahagian yang digunakan ialah daun dan bahagian atas bunganya.Sejenis bunga yang dipanggil feverfew atau nama saintifiknya chrysanthemum parthenium dari famili compositae juga sesuai dijadikan teh dan di minum dua kali sehari.Selain itu pokok lemuni atau nama saintifiknya vitex trifolia var negundo dari famili verbenaceae boleh digunakan dengan cara merebus enam sudu besar daunya yang telah dipotong halus  dan juga bunganya dengan 2 gelas air selama 15 minit. Air ini disejukkan dan ditapis untuk diminum setengah daripadanya dalam selang masa antara 3 hingga empat jam.

Sumber : www.melur.com

Cara alternatif lain untuk rawat migrain ni adalah dengan amalkan langkah -langkah dibawah ni :

1. Baca Al-Fatihah (1 x)  

2. Baca Surah Al-Ikhlas (3 x)  

3. Baca Surah Yassin ayat ke 58 " Sala mun Qaulan Minrabbirrahim "
(3 x)
  

4. Baca Selawat Nabi (3 x)  

Kemudian hembus di tapak tangan, dan letakkan tapak tangan di atas kepala beberapa ketika. Ulang langkah-langkah diatas beberapa kali. Insyaallah, it will work.


RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah   tersebut   "SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM"  diulang sebanyak   7 kali untuk 7 niat baikmu, Insya Allah, dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan..( nnti aku check balik kesahihannya )

Saturday, January 10, 2009

Aduh..Sakit Gigi..

Aduh...gigiKu sakit...

Kenapa gigi aku sakit?

Apa yang menyebabkan sakit gigi?
Apakah komplikasi sakit gigi?

Apa yang aku boleh lakukan untuk mengurangkan rasa sakit gigi?

Bagaimana aku boleh mencegah sakit gigi?


Kenapa gigi aku sakit?

Penyakit gigi boleh menyebabkan aku sakit gigi. Sakit gigi lebih kerap berlaku di kalangan remaja yang mengabaikan penjagaan kebersihan mulut.

Sakit gigi yang parah boleh menyebabkan seseorang itu tidak dapat tidur dan kegiatan sehariannya terganggu.

Apa yang menyebabkan sakit gigi?


Sakit gigi biasanya ada kaitan dengan :

* kerosakan gigi
* penyakit gusi
* gigi sensitif
* sakit sendi rahang
* sinus tersumbat
* sakit telinga

Apakah komplikasi sakit gigi?

Jika punca sakit gigi tidak dirawat, ia boleh mengakibatkan :

* makanan sukar dikunyah
* gigi mati
* kebengkakan
* mulut tidak boleh dibuka seperti sebelumnya
* kehilangan gigi

Apa yang aku boleh lakukan untuk mengurangkan rasa sakit gigi?

Dapatkan pemeriksaan dan rawatan daripada doktor gigi dengan segera.


Walau bagaimnapun aku boleh mencuba petua-petua berikut bagi mengurang rasa sakit untuk sementara waktu sebelum ke klinik :

* Ambil ubat penahan sakit.
* Berkumur-kumur atau gunakan flos secara perlahan-lahan.
* Hisap ais untuk mengebaskan gusi.

Bagaimana aku boleh mencegah sakit gigi?

Sakit gigi boleh dicegah dengan :

* Penjagaan kesihatan gigi yang baik melalui amalan :
o memberus gigi dan menggunakan flos
o mendapatkan pemeriksaan gigi secara berkala sekurang-kurangnya sekali setahun
* Mengurangkan jumlah dan kekerapan pengambilan makanan atau minuman yang tinggi kandungan gula.

PS : sape2 ade petua lain siLa Beritahu aku ya ! ^_^

Anda Mungkin Meminat Post ini Juga :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...