Follow Me ^_^

Monday, August 17, 2009

ISA

ISA (Internal Security Act)..
Akta Yang dibuat oleh British..
Untuk Menangkap Suspek Komunis..
Nampaknya Akta Ini Berjaya menyekat Komunis dari terus berkuasa..
Walaupun Sebenarnya Britishlah Yang menjajah kita..
Aku pun keliru Siapakah yang berjasa..

Sejak tahun 1987,
ancaman komunis sudah tiada..
yang ada hanya ancaman politik..
Akta ini diguna sewenang-wenangnya untuk kepentingan politik..
Operasi lalang..majoritinya tangkapan politik..
Tangkap sumbat..senyap !
Yang zalim terus berkuasa..

PAda tahun 2003,
kononya Ancaman Dari JI..
Suspek2 ditangkap...
Tiada perbicaraan..
dan Mereka tidak perlukan perbicaraan kata mereka..
kerana mereka ancaman negara..
walaupun sudah 6 tahun ditahan tanpa bicara..

Sedang Penagih dadah,
Perogol,
pembunuh nyata,
Pengedar dadah,
Perempit motor,
pembuat maksiat,
Jika ditahan sekalipun,
Ianya Dibicarakan..
Hak mereka tidak pula dinafikan..
Sedang perbuatan mereka itu telah nyata kesalahannya..
Namun, Jika Hendak Jatuhkan Hudud atau Qisas Atau Takzir,
Ada pula yang simpati terhadap mereka..
sedang yang ditahan tanpa bicara tiada kesan bagi mereka..
kerana mereka adalah ancaman negara..
walaupun tidak terbukti lagi kebenarannya..

Ada Yang Kata ISA perlu untuk mengawal keselamatan didalam negara..
Tidak mengapa mengurung Sedikit Nyawa untuk kemashalatan bersama..
Sedang kita berseronok dirumah berjamu selera,
Kerana itu bukan saudara kita,
Biarlah mereka ditangkap tanpa bicara,
Polis sudah tentu mempunyai alasan mereka,
tapi yang pelik kenapa tidak digunakan Alasan untuk membicarakan mereka,
Mana bukti BOM yang mereka rancang untuk cipta..
Tunjukan bukti Perbualan telefon, akses internet,Plan rancangan mereka sebagai bukti,
Itu semua boleh kerajaan dapatkan..
Jika terbukti mereka benar berbahaya,
bicarakan mereka, hukum lah mereka selayaknya.

Ada yang kata jika ISA tiada, Negara akan huru hara,
Seolah-olah jika ISA tiada, Bom2 akan kerap kedengaran disana sini..
Seolah-olah, jika tangkap mengunakan tahanan jenayah,dan tidak dapat dibuktikan,
esok mereka akan terus mengebom..
logikkah ?
Tidak cekapkah polis ?
polis tidak membuat pengawasankah terhadap suspek?
Kecekapan pihak berkuasa yang harus kita tingkatkan..
Jaringan maklumat yang harus diperbaiki..

Tahanan politik,
Lihat sahaja berapa ramai ditangkap,
ancaman negarakah mereka2 ini ?
ancaman negara atau ancaman parti berkuasa ?
Kononnya, Isu perkauman dimainkan..
kita semua dapat menilai,
Secara logik, isu perkauman hanya dimainkan oleh parti berpaksikan perkauman,
siapa dia parti berpaksi perkauman yang ada dinegara ini ?
anda sendiri lebih tahu..
Aku tidak terkejut merekalah yang menyokong Akta ini untuk kepentingan politik mereka..
Hal ini tidak dapat dinafikan..
Bekas PM sendiri mengakuinya..
dan,
Sejarah telah membuktikan..

Mansuhkan ISA !

No comments:

Anda Mungkin Meminat Post ini Juga :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...