Follow Me ^_^

Sunday, August 02, 2009

Soal Jawab Demo Mansuh ISA [Versi Kanak-kanak]


"dah xdpt lesen, jgn la pergi".

Memang ada demonstrasi yg dpt lesen tp jumlahnya sgt sedikit. Rakyat sedang memprotes tindakan kerajaan yg tidak demokratik dan undang2 perhimpunan mesti mendapat permit(dan permit sgt2 terhad untk dikeluarkan) sebenarnya menambahkan lagi ciri ketidak demokratikan undang-undang.

Sedangkan hakikatnya tidak perlukan lesen pun untuk menununaikan hak demokrasi. Demonstrasi di negara-negara maju dan demokratik tidak memerlukan lesen pun. Biarlah mereka nk tunaikan hak mereka. Polis jaga dan pantau sbg penjaga keamanan. Dan demonstrasi tersebut aman damai pun. Malaysia pun begitu, jika tgk dari sejarah demonstrasi, kalo tiada pertempuran dgn pihak polis, aman damai je demonstrasi tue.

Dalam isu palestine december lepas, byk negara tidak menyekat dan tidak menyembur gas pun kpd ribuan org bukan islam yg berdemonstrasi di depan kedutaan israel.

Demonstrasi sebenarnya lebih aman tanpa provokasi dari polis. Polis sbg penjaga keamanan, patut jaga demonstrasi supaya berlangsung dgn aman dan damai lantas memorandum dpt diserahkan kpd baginda Agong. Demokratikkan jika menyekat rakyat dari serah memorandum?

"dh kte nk lawan/protes mrk, mrk kne bg izin ke untuk kte lawan/protes mereka?"

Kenapa tidak serahkan memorandum secara formal tnpa demonstrasi? Dah banyak memo dan bantahan yg diserahkan tnpa demonstrasi. Setiap cara mempunyai kelebihan dan kekurangan yg tersendiri. Dan various types of actions will complement each other. Motifnya, ramai yg tak setuju dgn ISA dan mereka menzahirkan dengan pelbagai cara.

Sumber : Thuaibah@ILI
ada pula yang mengatakan..kan ada habeas corpus

Human Rights Watch berkata bahawa tahanan-tahanan ISA tersebut tidak mempunyai jalan yang efektif untuk mencabar penahanan mereka kerana undang-undang menghalang mahkamah daripada menyemak semula merit-merit penahanan ISA. Walau pun undang-undang membenarkan semakan kehakiman ke atas syarat-syarat prosedur penahanan, mahkamah Malaysia kerap menolak petisyenhabeas corpus yang mencabar penahanan ISA.

Baca kenyataan Lengkap di sini : HRW.com

No comments:

Anda Mungkin Meminat Post ini Juga :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...