Follow Me ^_^

Sunday, June 12, 2011

Kampung idaman

Kampung idaman

Aku suka suasana kampung,
Suasana tenang untuk berlindung,

Udara segar,
Tiada pagar,

Penduduk ramah,
Bahasa berhemah,

Tidak berdendam,
Tiada hasad dan dengki terpendam,

Itulah kampung idaman,
Tempat mencari sesuap makanan,

Makanan halal buat keluarga,
Hasil usaha tanpa curiga,

Penduduknya rajin bekerja,
Tiada meminta jika bukan haknya,

Itulah Kampung idaman,
Tempatnya aman,

Tiada fitnah,
Penduduknya sentiasa amanah,

Dalam menuntut ilmu tiada megah,
Ilmu disampaikan tanpa menyumpah,

Itulah Kampung idaman...

Wednesday, June 01, 2011

Abah

15 tahun sudah abah pergi,
Namun terasa sentiasa disisi,
Kasih mak tiada tandingi,
Mengubat sepi dalam diri.

10 tahun umurku ketika itu,
8,6,4 umur adik-adikku,
11 dan 12 umur kakak-kakakku,
Bersama menempuh hidup berliku.

Pengorbanan mak tiada tandingan,
Mengasuh dan mendidik kami penuh perhatian,
Sentiasa memberi sepenuh sokongan,
Demi kebaikan kami di masa hadapan.

Syukur kami tidak bersendirian,
Keluarga besar bersama beriringan,
Sentiasa membantu memberi pertolongan,
Hanya Allah dapat memberi ganjaran.

Bila bertemu sahabat abah,
Diceritakan padaku kisah-kisah,
Cita-cita besar, bersemangat berjuang dan pemurah,
Bilakah pula aku mahu memulakan langkah?

Aku masih memilih langkah,
Mahu menjadi seperti abah,
Belum berani untuk menongkah,
Kerana khuatir tersilap langkah.

Ya Allah Ya Tuhanku padaMu ku sembah dan padaMu ku meminta pertolongan,
Kuatkan jiwaku menempuhi cabaran,
Halakan langkahku ke jalan kebenaran,
Semoga hidupku penuh keberkatan.

^_^
Mobile Blogging from here.

Anda Mungkin Meminat Post ini Juga :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...