Follow Me ^_^

Saturday, January 31, 2009

PM Turki MARAH PM Israel


PERDANA Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, menyebabkan hadirin Forum Ekonomi Dunia (WEF) terdiam apabila memarahi Presiden Israel, Shimon Peres, kerana menafikan Tel Aviv bersalah mengganas di Gaza dengan berkata: "Kamu bunuh mereka."

Erdogan berang selepas penulis Washington Post yang mempengerusikan majlis, David Ignatius, hanya memberinya 12 minit untuk berucap sedangkan Peres, 85, lantang berhujah selama 25 minit dan merujuk kepada pejuang Hamas sambil bertanya: "Mengapa mereka lancar roket? Gaza tidak dikepung. Mengapa mereka lawan kami, apa yang mereka mahu? Kebuluran tidak berlaku walau sehari di Gaza."

Apabila Ignatius memberinya satu minit untuk menjawab balas, Erdogan menuduh pengerusi itu menyekatnya membalas hujah Peres dengan berkata: "Saya kesal bagi mereka yang bertepuk tangan mendengar kamu bercakap. Kamu bunuh penduduk Gaza. Saya rasa itu adalah salah."
"Peres, kamu lebih tua daripada saya. Suara kamu terlalu tinggi. Kamu bunuh mereka. Saya masih ingat kanak-kanak yang mati di tepi pantai. Saya masih ingat dua bekas Perdana Menteri (Israel) berkata mereka gembira masuk Palestin dengan kereta kebal. Dalam soal membunuh, kamu terlalu bagus." (gambar 1 dan 2)

Apabila Ignatius cuba menyampuk, Erdogan berkata beliau tidak akan datang lagi ke Davos, meninggalkan ahli panel termasuk Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan Setiausaha Liga Arab, Amr Moussa, di pentas ucapan (gambar 3).

Sumber : BERITA HARIAN

-------------------------------------------------------------------------

Takbir !!
Pemimpn sebegilah yang kita mahukan...
Tidak Gentar menghadapi Musuh di depan Mata...
Pemimpin Islam yang lain harus Mencontohi Keberanian PM turki ini...
Membela nasib umat Islam melebihi kepentingan yang lain...

"Oleh karena itu Kami tetapkan (suatu hukum) bagi Bani Israil, bahawa: barangsiapa yang membunuh seorang manusia, bukan kerana orang itu (membunuh) orang lain, atau bukan kerana membuat kerosakan di muka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya. Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya. Dan sesungguhnya telah datang kepada mereka rasul-rasul Kami dengan (membawa) keterangan-keterangan yang jelas, kemudian banyak di antara mereka sesudah itu sungguh-sungguh melampaui batas dalam membuat kerosakan di muka bumi". (Surah al-Maidah: 32)

Friday, January 30, 2009

Bila aku...(PART ONE)

Bila aku tidur...

aku buka lampu...

Bila aku bangun tidur...

aku tutup lampu...

Bila aku rasa bosan...

aku maen game kat laptop...

Bila aku tak bosan...

aku tgh baca buku...

Bila aku usap janggut...

aku tgh memikirkan sesuatu...

Bila aku nak beli sesuatu...

aku akan rasa mcm tak payah beli...

Bila aku tak nak beli sesuatu...

aku akan rasa "bestnya" kalau beli...

Bila aku kene marah dengan mak...

aku akan masuk bilik dan tidur...

Bila aku punya mak suruh buat sesuatu...

aku rasa mcm malas nak buat (tapi buat a..walaupun lambat) :P

Bila aku punya mak tak suruh buat sesuatu...

aku tak tau nak buat apa...

Bila aku dapat kerja...

Rasa mcm sedih nak tinggalkan mak aku...

Bila aku tgh tak dapat kerja aku...

Rasa macam "useless" plak kat rumah...

Bila aku balik kampung...

aku suka main dengan sepupu2 kecik (main Bola)..

Bila aku pergi Holiday...

aku suka pergi dengan Family...

Bila aku pergi masjid...

aku rasa tenang je nak solat...

Bila aku malas pergi masjid...

aku rasa senang je nak buat silap...

Bila aku sukakan "sesuatu"/"seseorang"...

aku akan fokuskan pada "sesuatu"/"seseorang" itu...

Bila aku tak dapat apa yang aku sukakan...

aku rasa "sesuatu"/"seseorang" itu bukan terbaik untuk diriku...

Bila aku kena ejek...

aku akan memerhati kelemahan si pengejek dan bersimpati dgn kelemahan dirinya,
kerana mungkin dia mengejek ku untuk merasakan dirinya lebih sempurna..

Bila aku lihat org yg lagi sempurna...

aku jadikan mereka sebagai inspirasiku...

Bila aku lihat org yg lebih susah

Aku akan bersyukur atas nikmat yg ada..

Bila aku berkawan....

aku akan menghargai persahabatan...

Bila aku punya kawan yang makan kawan...

Aku jauhkan dari berkawan dengan mereka...

Bila aku nak nasihat/tegur org...

aku rasa belum cukup ilmu dan amal...tapi sampai bila?

Bila aku kena tegur...

aku rasa tidak puas hati...tapi lama kelamaan aku mengerti jua..

Bila aku tulis blog...

aku akan tulis itu suka hati aku...

Bila KAmu ?

Tuesday, January 27, 2009

Rihanna Concert

KUALA LUMPUR, Jan 23 (Bernama) -- The government has approved the Rihanna Concert, scheduled for Feb 13 at Stadium Putra in Bukit Jalil, despite the Federal Territory PAS Youth's objection to it.

Unity, Culture, Arts and Heritage Minister Datuk Mohd Shafie Apdal said: "They (PAS Youth) can always protest, but the ministry has the final say."

He said what was important was that the organiser had fulfilled all the conditions set by the ministry.

"Our main concern is whether the concert is in line with Malaysian culture, but as the entertainment industry is a very dynamic and creative industry, we must allow our people to have access to it," he told reporters after launching the Chinese New Year celebration at the Central Market here today.

Last Tuesday, Federal Territory PAS Youth expressed its disappointment over the organising of the 'Rihanna Live in Kuala Lumpur' concert by a local company.

-----------------------------------------

Jom P Masjid...

Pastu P konsert...

Huhuhu...

Tepuk dada Tanya Iman...

Inilah Hakikat DUnia Sekarang...

Bukan di Malaysia sahaja...

So...Tangungjawab Anda...

Pilihlah Yang Pemimpin Yang dpt Membentuk Masyarakat...

Bukannya Pemimpin yang Dibentukkan oleh Masyarakat...

Peace ! :)

Saturday, January 24, 2009

Gerhana Matahari 26 Januari 2009

Berikut adalah waktu gerhana (bermula & berakhir) bagi

1. Kuala Lumpur
2. Kota Kinabalu, Sabah
3. Kuching, Sarawak
4. Bandar Seri Begawan, Brunei

Malaysia (Kecuali sedikit kawasan di selatan Sarawak) & Brunei tidak
akan mengalami gerhana cincin tetapi gerhana separa sahaja. Walaupun
begitu rata-rata kebanyakan kawasan boleh menyaksikan 80% bulan
menutupi matahari.


1. KUALA LUMPUR

Latitude: 3° 8' 50" N
Longitude: 101° 41' 16" E
Height above sea level: 0 metres
Time zone: 8h ahead of UT

The eclipse is partial from this location.
Timing Information
Beginning of partial phase
Time: 2009 Jan 26 16:31:36

Maximum eclipse
Time: 2009 Jan 26 17:50:40
Eclipse magnitude: 0.726

End of partial phase
Time: 2009 Jan 26 18:58:49


2. KOTA KINABALU

Latitude: 5° 58' 13" N
Longitude: 116° 6' 40" E
Height above sea level: 0 metres
Time zone: 8h ahead of UT

The eclipse is partial from this location. The sun sets before the
end of the eclipse.
Timing Information
Beginning of partial phase
Time: 2009 Jan 26 16:43:48

Maximum eclipse
Time: 2009 Jan 26 17:54:39
Eclipse magnitude: 0.828

End of partial phase
Time: 2009 Jan 26 18:57:11


3. KUCHING

Latitude: 1° 33' 3" N
Longitude: 110° 21' 1" E
Height above sea level: 0 metres
Time zone: 8h ahead of UT

The eclipse is partial from this location. The sun sets before the
end of the eclipse.
Timing Information
Beginning of partial phase
Time: 2009 Jan 26 16:34:58

Maximum eclipse
Time: 2009 Jan 26 17:50:43
Eclipse magnitude: 0.874

End of partial phase
Time: 2009 Jan 26 18:56:39


4. Bandar Seri Begawan, Brunei

Latitude: 4° 55' 48" N
Longitude: 114° 57' 6" E
Height above sea level: 0 metres
Time zone: 8h ahead of UT

The eclipse is partial from this location. The sun sets before the
end of the eclipse.
Timing Information
Beginning of partial phase
Time: 2009 Jan 26 16:42:03

Maximum eclipse
Time: 2009 Jan 26 17:53:55
Eclipse magnitude: 0.842

End of partial phase
Time: 2009 Jan 26 18:57:09

-------------------------------------------------------

Solat Gerhana disebut di dalam bahasa arab dengan khusuf (الخُسُوفِ ) bagi bulan dan kusuf (الكُسُوفِ ) bagi matahari, iaitu hilangnya cahaya bulan atau matahari.

Ia bukanlah berlaku kerana kemurkaan Allah swt, tetapi merupakan petanda kepada kebesaran kekuasaan Allah swt. Ia juga berupaya menjadi peringatan kepada manusia tentang azab dan nikmat yang dijanjikan Allah swt pada hambanya kerana fenomena gerhana ini sangat besar ertinya samada dari penghayatan iman dan sains. Ia bukan fenomena baru yang hanya berlaku pada akhir zaman ini tapi telah berlaku sejak alam ini dijadikan dan juga pada zaman Nabi saw yang dikenali sebagai sebaik-baik kurun.

Dalilnya :

Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ الشَّمْسَ وَالقَمَر َ آيَتَانِ مِنْ ايَاتِ اللهِ لاَيَخْسِفَان ِ لِمَوت ِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ

ذلِكَ فَادْعُوا اللهَ وَكَبِّرُوا وَتَصَدَّقُوا وَصَلُّوا

Maksud: “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah”

Dalilnya :

عن ابن مسعود الانصارقال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله. يخوف بهما عباده. وَاِنَّهُمَا لا ينكسفان لموتِ أحد مِنَ النَّاسِ. فإذا رأيتم منها شيئا. فصلوا وادعوا الله يكشف ما بكم.

Maksud: Dari Abu Mas’ud Al Ansari beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya matahari dan rembulan (bulan) adalah dua di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya (kalau sedang gerhana) oleh Allah digunakan untuk menakuti para hambaNya. Dan keduanya tidaklah gerhana lantaran kematian seseorang di antara manusia. Kerana itu, apabila kalian melihatnya, maka lakukanlah solat dan berdoalah kepada Allah sampai hal yang menakutkan itu hilang”

Solat Khusuf/Kusuf adalah sunat Muakkad sama ada bagi orang yang bermukim atau bermusafir, merdeka atau hamba, lelaki atau perempuan dan sama ada ditunaikan secara berjamaah atau bersendirian

i. Bagi solat Gerhana Matahari waktunya bermula apabila ternyata berlaku gerhana dan berakhir dengan hilangnya gerhana itu, dan sehingga jatuh matahari dan gerhana tersebut. Sekiranya gerhana berlaku ketika atau selepas terbenam matahari, maka tidak ada solat gerhana.

ii. Bagi Solat Gerhana Bulan waktunya bermula apabila ternyata berlakunya gerhana bulan dan berakhir dengan hilang gerhana dan naik matahari. Tidak dikira dengan naik fajar atau jatuhnya pada malam dengan gerhananya. Sekiranya berlaku gerhana bulan ketika terbenamnya, dan sebelum terbit fajar maka dibolehkan solat. Tetapi jika terbenamnya bulan sesudah terbit fajar, maka terdapat dua pendapat iaitu :

i. Qaul Qadim : Tidak ada solat gerhana kerana kekuasaan bulan telah hilang bila terbit fajar (subuh ).

ii. Qaul Jadid : Ada solat gerhana kerana kekuasaan bulan masih ada sehinggalah terbit matahari ( syuruk ).

* Di dalam mazhab Syafie dibolehkan bersolat walaupun ketika berlaku gerhana tersebut adalah waktu tahrim.

Boleh dilakukan di mana-mana samada di rumah, musolla, surau atau masjid. Walau bagaimanapun yang afdhal ialah masjid yang didirikan Jumaat.

i. Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari :

أُصَلِّى سُنَّةَ الكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”

ii. Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan

أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”

i. Solat gerhana dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa. Ia adalah yang sekurang-kurangnya. Yang akmalnya dilakukan dengan dua kali ruku’ dan 2 kali qiyam, pada tiap-tiap satu rakaat dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.

ii. Yang terlebih akmal ialah dengan 2 rakaat, dengan 2 ruku dan qiyam bagi tiap-tiap satu rakaat dengan dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.

Kaifiatnya adalah seperti berikut:

Berdasarkan hadis :

عن عائشة نحو حديث ابن عباس وقالت: أَنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم خَسَفَتِ الشَّمْسُ قَامَ فَكَبَّرَ وَقَرَأَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً ثُمَّ رَفُعَ رَأْسُهُُ فَقَالَ سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ وَقَاَم كَمَا هُوَ نَقَرَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً وَهِىَ أَدْنى مِنَ القِرَاءَةِ الأُولَى ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً وَهِىَ أَدْنَى مِنَ الرَّكْعَةِ الأُولَى ثُمَّ سَجَدَ سُجُودًا طَوِيلاً ثُمَّ فَعَلَ ِفي الرَّكْعَةِ الآخَِرةِ مِثْلَ ذلِكَ ثُمَّ سَلَّمَ وَقَدْ تَجَلَّتِ الشَّمْسُ فَخَطَبَ النَّاسِ فَقَالَ ِ في كُسُوفِ الشَّمْسِ وَالقَمَرِ إِنَّهُمَا آيَتَانِ مِنْ آياَتِ اللهِ َلا يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وََلا لحَِيَاتِهَ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا فَافْزَعُوا إِلَى الصَّلاَةِ.

Maksud: Dari Aisyah r.a. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW berdiri (di masjid) pada hari terjadi gerhana matahari, lalu baginda mengadakan solat gerhana dan membaca bacaan yang panjang (seukur seratus ayat surah al-Baqarah), kemudian beliau mengangkat kepala dan mengucapkan Sami’ Allahhu Liman Hamidah, dan beliau berdiri lalu membaca bacaan yang panjang, sedang bacaan

(dalam berdiri yang kedua) ini sedikit berkurang daripada bacaan yang pertama, kemudian beliau ruku’ dengan ruku’ yang panjang, sedang ruku’ ini berkurang dari ruku’ pertama, kemudian beliau sujud dengan sujud yang panjang (bertasbih seukur bacaan seratus ayat), kemudian beliau bertindak sepadan demikian (rakaat pertama) itu pada rakaat yang akhir (kedua), Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana)
maka bersyukurlah kepada solat gerhana”

(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)


عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرو بنِ العَاصِ أَنَّهُ قَالَ: لَمَّا انْكَسَفَتِ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ نُودِىَ بِ ( الصَّلاَةُ جَامِعَةً ) فَرَكـَعَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ قَامَ فَرَكـَعَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ جُلِّىَ عَنِ الشَّمْسِ. فَقَالَتْ عَائشَةُ: مَا رَكَعْتُ رُكُوعًا قَطَُّ. وَلاَ سَجَدتُ سُجُودًا قَطَُّ. كَانَ اَطْوَلَ مِنْهُ.

Maksud: Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash, beliau berkata: “Tatkala matahari gerhana pada masa Rasulullah SAW, maka diserukan : ‘as solatu jami`ah’. Lalu Rasulullah SAW melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian berdiri lagi dan melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian matahari kembali muncul. Aisyah berkata: “Aku sama sekali tidak pernah melakukan ruku’ ataupun sujud yang lebih lama daripada itu”

(Sahih Muslim 2-hlm: 81)

Secara ringkasnya seperti berikut :

1. Takbiratul Ihram.

2. Membaca doa iftitah.

3. Membaca Ta`awudz. ( تعاوز )

4. Membaca surah al-Fatihah.

5. Membaca mana-mana surah, yang terlebih afdhal surah al-Baqarah.

6. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 100 ayat.

7. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah ali-Imran atau mana-mana surah.

8. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 90 ayat.

9. Iktidal.

10. Sujud dan membaca tasbih.

11. Duduk antara 2 sujud.

12. Sujud kembali.

13. Berdiri ke rakaat kedua.


b. Rakaat kedua.

1. Membaca surah al-Fatihah.

2. Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.

3. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat semasa ruku’.

4. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah al-Maidah

atau mana-mana surah.

5. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 50 ayat.

6. Iktidal.

7. Sujud dan membaca tasbih.

8. Duduk antara 2 sujud.

9. Sujud kembali.

10. Membaca tasyahud akhir.

11. Memberi salam.


* Tidak perlu iqamah tapi cukup sekadar ucapan : ( الصِّلاَةُ جَامِعَةً )

* Sunat menyaringkan suara pada bacaan Fatihah dan surah ketika solat sunat gerhana bulan dan perlahan ketika solat sunat gerhana matahari.

* Disunatkan mandi untuk solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.


Khutbah Solat Gerhana :

Dalil dari Aisyah r.a. berkata :

ثم سلم وقد تجلت الشمس فخطب الناس فقال في كسوف الشمس والقمر إنهما آيتان

من آيات الله لا يخسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فافزعوا إلى الصلاة.

Ertinya : Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat gerhana”


(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)

i. Sunat membaca khutbah selepas solat sunat, walaupun gerhana sudah hilang.

ii. Khutbahnya seperti khutbah hari raya tetapi tidak sunat bertakbir.

iii. Isi khutbah hendaklah menyuruh para jemaah bertaubat, bersedekah, memerdekakan hamba, berpuasa, mengingati manusia supaya tidak lalai, jangan leka dengan dunia dan sebagainya.

iv. Jika solat itu hanya terdiri dari wanita semata-mata, maka tidak perlu khutbah. ( Khutbah adalah seperti dilampirkan )

Secara umumnya bila pertembungan ini berlaku maka kaedahnya didahulukan yang paling ringan. Sekiranya sama nilainya, maka didahulukan yang paling kuat.

Contoh :

i. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat jenazah maka didahulukan solat jenazah.

ii. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat fardhu di awal waktu maka didahulukan solat gerhana kerana dibimbangi matahari atau bulan kembali cerah. Tetapi jika berlaku pertembungan itu diakhir waktu solat fardhu maka didahulukan solat fardhu.

iii. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan witir didahulukan solat gerhana.

Matla’ Badrain.

Abu Ishaq Bin Ali Bin Yusuf al-Fairuzabadi, Al-Muhazzab, Juz 1, terj : Ali Achmad, Muhammad Yasin, Abdullah & Huda, Perniagaan Jahabersa. Perniagaan Jahabersa.

Ust Hj. Fadzil Hj. Ahmad. Hidup Ibadat , Pusat Pemasaran Motivasi, K.L

Dr. Abdul Karim Zaidan, Ensiklopedia Hukum wanita dan keluarga, Kajian mendalam masalah wanita & keluarga dalam perspektif syariat Islam. Pustaka Dini.

http://www.islamweb.net

Friday, January 23, 2009

Muslim vs Jewish : The Important of Education

Demographics:

o World Jewish Population : 14 million
7 M in America
5 M in Asia
2 M in Europe
100 thousand in Africa

o World Muslim Population : 1.5 billion
1 billion in Asia/Mid-East
400 M in Africa
44 M in Europe
6 M in the Americas

o Every fifth human being is a Muslim
o For every single Hindu there are two Muslims
o For every Buddhist there are two Muslims
o For every Jew there are 107 Muslims

o Yet the 14 million Jews are more powerful than the entire 1.5 billion Muslims

Why???

Here are some of the reasons...

Movers of Current History :

o Albert Einstein (Jewish)
o Sigmund Freud (Jewish)
o Karl Marx (Jewish)
o Paul Samuelson (Jewish)
o Milton Friedman (Jewish)

Medical Milestones :

o Vaccinating Needle - Benjamin Ruben (Jewish)
o Polio Vaccine - Jonas Salk (Jewish)
o Leukaemia Drug - Gertrude Elion (Jewish)
o Hepatitis B - Baruch Blumberg (Jewish)
o Syphilis Drug - Paul Ehrlich (Jewish)
o Neuro muscular - Elie Metchnikoff (Jewish)
o Endocrinology - Andrew Schally (Jewish)
o Cognitive therapy - Aaron Beck (Jewish)
o Contraceptive Pill - Gregory Pincus (Jewish)
o Understanding of Human Eye - G. Wald (Jewish)
o Embryology - Stanley Cohen (Jewish)
o Kidney Dialysis - Willem Kloffcame (Jewish)


Nobel Prize Winners :

o In the past 105 years, 14 million Jews have won 180 Nobel prizes whilst 1.5 billion Muslims have contributed only 3 Nobel winners

Inventions that changed History :

o Micro- Processing Chip - Stanley Mezor (Jewish)
o Nuclear Chain Reactor - Leo Sziland (Jewish)
o Optical Fibre Cable - Peter Schultz (Jewish)
o Traffic Lights - Charles Adler (Jewish)
o Stainless Steel - Benno Strauss (Jewish)
o Sound Movies - Isador Kisee (Jewish)
o Telephone Microphone - Emile Berliner (Jewish)
o Video Tape Recorder - Charles Ginsburg (Jewish)

Influential Global Business :

o Polo - Ralph Lauren (Jewish)
o Coca Cola - Jewish
o Levi's Jeans - Levi Strauss (Jewish)
o Sawbuck's - Howard Schultz (Jewish)
o Google - Sergey Brin (Jewish)
o Dell Computers - Michael Dell (Jewish)
o Oracle - Larry Ellison (Jewish)
o DKNY - Donna Karan (Jewish)
o Baskin & Robbins - Irv Robbins (Jewish)
o Dunkin Donuts - Bill Rosenberg (Jewish)

Influential Intellectuals/ Politicians :

o Henry Kissinger, US Sec of State (Jewish)
o Richard Levin, President Yale University (Jewish)
o Alan Greenspan, US Federal Reserve (Jewish)
o Joseph Lieberman (Jewish)
o Madeleine Albright, US Sec of State (Jewish)
o CasperWeinberger, US Sec of Defence (Jewish)
o Maxim Litvinov, USSR Foreign Minister (Jewish)
o DavidMarshal, Singapore Chief Minister (Jewish)
o Isaacs Isaacs, Gov-GenAustralia (Jewish)
o Benjamin Disraeli, British Statesman (Jewish)
o Yevgeny Primakov, Russian PM (Jewish)
o Barry Goldwater, US Politician (Jewish)
o Jorge Sampaio, President Portugal (Jewish)
o Herb Gray, Canadian Deputy PM (Jewish)
o Pierre Mendes, French PM (Jewish)
o Michael Howard, British Home Sec. (Jewish)
o Bruno Kriesky, Austrian Chancellor (Jewish)
o Robert Rubin, US Sec of Treasury (Jewish)

Global Media Influential :

o Wolf Blitzer, CNN (Jewish)
o Barbara Walters, ABC News (Jewish)
o EugeneMeyer, Washington Post (Jewish)
o Henry Grunwald, Time Magazine (Jewish)
o Katherine Graham, Washington Post (Jewish)
o Joseph Lelyeld, New York Times (Jewish)
o Max Frankel, New York Times (Jewish)

Global Philanthropists :

o George Soros (Jewish)
o Walter Annenberg (Jewish)

Why are they powerful?
Why are Muslims powerless?
Here's another reason. We have lost the capacity to produce knowledge.

o In the entire Muslim World (57 Muslim Countries) there are only 500 universities.
o In USA alone, 5758 universities
o In India alone, 8407 universities
o Not one university in the entire Islamic World features in the Top 500 Ranking Universities of the World

o Literacy in the Christian World - 90%
o Literacy in the Muslim World - 40%
o 15 Christian majority - countries, literacy rate 100%
o Muslim majority - countries, None

o 98% in Christian countries completed primary
o Only 50% in Muslim countries completed primary

o 40% in Christian countries attended university
o In Muslim countries a dismal 2% attended.

o Muslim majority countries have 230 scientists per one million Muslims
o The USA has 5000 per million

o The Christian world 1000 technicians per million.
o Entire Arab World only 50 technicians per million.

o Muslim World spends on research/developmen t 0.2% of GDP
o Christian World spends 5% of GDP

Conclusion :

o The Muslim World lacks the capacity to produce knowledge

Another way of testing the degree of knowledge is the degree of diffusing knowledge.

o Pakistan 23 daily newspapers per 1000 citizens
o Singapore 460 per 1000 citizens

o In UK book titles per million is 2000
o In Egypt book titles per million is only 17

Conclusion :

o Muslim World is failing to diffuse knowledge

Applying Knowledge is another such test.

o Exports of high tech products from Pakistan is 0.9% of its exports
o In Saudi Arabia is 0.2%
o Kuwait, Morocco and Algeria 0.3%
o Singapore alone is 68%

Conclusion :

o Muslim World is failing to apply knowledge

What do you conclude?
No need to tell. The figures are spaeaking themselves very loudly. We are unable to listen.

Please educate yourself and your children. Always promote education, don't compromise on it, don't ignore your children's slightest misguidance from education. We are the world's biggest and strongest nation, all we need is to identify and explore our ownselves. Our victory is with our knowledge, our creativity, our literacy...

....Wake up... It's not too late!

copy from www.ibnuqalil. blogspot. com

Tuesday, January 20, 2009

Antara Serban Dan "Helmet"

Bismillah...

Smlm aku bc Harakahdaily.com
Ada berita tentang sorang pemuda sanggup memilih untuk diPenjarakan kerana tidak memakai helmet kerana memakai serban ketika itu..
beliau tidak mengaku bersalah...
dan alasannya ingin pertahankan Sunnah Rasullulah..
aku kagum dgn Pemuda itu...
kagum dgn keberaniannya...
Tapi..
bagi pandangan aku...
Adalah lebih baik pemuda itu mengakui kesalahannya...
kerana memakai helmet itu adalah satu "hukum Takzir" yang ditentukan pemerintah...
yang mana wajib dipatuhi jua...
Jgn terlalu emosi dn menggunakan alasan "mempertahankan Sunnah" semata2 ingin lari drpd kesalahan...
Dan jgnlah emosi kerana warga Sikh dibenarkan memakai turbannya...
Pemakaian topi keledar adalah untuk keselamatan Dirinya daripada berlaku kecelakaan...
Bukankan mncegah lebih Baik Dari Merawat ?
Yakinlah...
ISlam Agama sempurna...
Meliputi Kehidupan harian kita...
oleh itu aku mencadangkan kepadanya agar memakai helmet ...
selepas selesai menunggang motosikal pakailah serbanMU !
dan itu adalah lebih baik bagimu...
Islam akan dilihat lebih fleksibel...
tidak "KAKU" seperti agama lain...

......................

Berbeza dgn isu pemakain Serban Di Sekolah...
Aku bersetuju dengan mereka yang mempertahankan dirinya kerana ingin berserban..
kerana sekiranya Pelajar2 Sikh dibenarkan memakai turban...
mengapa anak2 org islam yg ingin memakai Serban tidak dibenarkan ?
isu ini berbeza dgn Kes yang melibatkan keselamatan dijalanraya...
kerana pemakaian serban disekolah tidaklah memberi sebarang kemudaratan kepada pelajar tersebut..
Sebaliknya, memberikan imej yg baik kepada mereka...
setrusnya pasti mereka akan malu untuk melakukan perkara2 yang tidak baik...
dan nnti akan lahirlah generasi yg berakhlak tinggi..

........................

Coretan ini Hanya Pandangan dari HatiKu..
Sekiranya tidak tepat ianya adalah dari kekhilafanku..
PEACE ! ^_~

Monday, January 19, 2009

P.O.L.I.G.A.M.I

Bismillah..
HAri ni aku nak tulis tntg pOligami..
Lelaki mn yg xsuke poligami..
secara jujurnye aku pn nk kalau direstui isteri...=P
tp, melihAtkn perkara yg berlaku disekelilingku membuatkan aku rasa xsanggup untuk melakukannya..
walapun ianya satu sunnah...
aku bimbang perkara sunnah yg ku kejar akan bertukar menjadi Haram kerana tidak dapat melakukan tanggungjawab dgn adiL..
sedangkn byk lgi perkara sunnah yg ku tinggalkn...

****

aku bukan anti-poligami...
ianya jelas tertulis didalam kitab suci...
pastinya Allah Maha Mengetahui...
cuma aku hny anti-lelaki tidak kenang budi...
sanggup menipu kerana ingin beristeri lagi...
be gentlemen lah kalau berani...
kalau tak berani,berpuasa lah untuk menahan diri...
jangan di ikut nafsu diri...
jua godaan wanita keji...
kelak akan hancur masa depan sendiri...

tidak rmai wanita yg sanggup di madukan...
setelah sekian lama bersusah senang bersama...
kini ditinggalkan bersama anak tnpa belaian...
rumah mewah...kereta bsr...
tiada lagi mkna...
kerana wang bukan segalanya..

contohi lah sunnah nabi...
berlaku adil tnpa berbelah bagi...
jgn biarkan yg lama bersendiri...
sedang yg baru selalu didampingi...
perasaan isteri harus dihormati...
jua perasaan anak yg sering mengingkari...
takut berkecai keluarga mithali...

pesanan ini buat diriku...
mn tahu suatu hr aku juga begitu...
pd teman yg ada niat di hati...
fikirlah secara berhati2...
moga2 keputusan anda diberkati...

Wednesday, January 14, 2009

P.R.K UPM : Satu Pandangan

Kini aku nak berbicara sedikit tentang Pilihan raya kampus...
Aku tidak pasti adakah ianya masih dipanggil sedemikian rupa...
pengalamanku menjadi mahasiswa selama 3 thn memberi sedikit gambaran kepadaku tentang permainan politik kampus..
apa yang aku lihat...
politik kampus dikuasai oleh pihak HEP...
mereka seolah2 telah menentukan calon2 yg mereka dan akan berusaha memastikan calon mereka menang !
dan itu memudahkan mereka untuk MemPERBUDAKkan MAHASISWA...
ia sendiri diakui oleh rakanKu yang harus mencari calon untuk fakultinya...
dan diberi kemenangan percuma...
HasiLnya MAhasiswa terpaksa tunduk dgn HEP !
Budaya membodek HEP jadi amalan...
Jika tidak sehaluan dengan HEP...
Harus merayu untuk mengadakan program...
sedangkan mereka bergembira makan malam di tempat yang MEWAH...
Senang pula diberi kelulusan...
dan sudah pastinya mereka lupa pada mahasiswa yang sengsara dgn harga makanan yg tinggi !

Berkenaan dgn calon...
calon2 yang dilihat pro-M pastinya akan panggil...
di "TEMURAMAH " oleh pihak HEP...
yg kurang semangat juangannya pasti mengundur diri...
ada juga Ugutan yg diterima...
dan itu adalah perkara biasa...

ada juga rakanku dari pro-aspirasi...
aku puji ketokohannya...
aku percaya beliau mempunyai ciri kepimpinan yang baik...
aku harap beliau menang...
aku harap beliau dapat merubah dari dalam situasi yg berlaku agar perjuangan Mahasiswa tidak diketepikan..

Buat sahabat PRO-M....
Berusahalah dalam perjuangan yang baru sahaja bermula...
Moga diberi Kemenangan hendaknya...
Moga tabah menempuhi cabaran..
Maaf...
aku tidak sempat membantu kalian..
hanya doa dapat ku kirimkan... ^_~

Takbir ! Allahu Akbar !

Sunday, January 11, 2009

Ayuh Boikot

boikot-barangan

Photo Embed Code:

Saturday, January 10, 2009

Aduh..Sakit Gigi..

Aduh...gigiKu sakit...

Kenapa gigi aku sakit?

Apa yang menyebabkan sakit gigi?
Apakah komplikasi sakit gigi?

Apa yang aku boleh lakukan untuk mengurangkan rasa sakit gigi?

Bagaimana aku boleh mencegah sakit gigi?


Kenapa gigi aku sakit?

Penyakit gigi boleh menyebabkan aku sakit gigi. Sakit gigi lebih kerap berlaku di kalangan remaja yang mengabaikan penjagaan kebersihan mulut.

Sakit gigi yang parah boleh menyebabkan seseorang itu tidak dapat tidur dan kegiatan sehariannya terganggu.

Apa yang menyebabkan sakit gigi?


Sakit gigi biasanya ada kaitan dengan :

* kerosakan gigi
* penyakit gusi
* gigi sensitif
* sakit sendi rahang
* sinus tersumbat
* sakit telinga

Apakah komplikasi sakit gigi?

Jika punca sakit gigi tidak dirawat, ia boleh mengakibatkan :

* makanan sukar dikunyah
* gigi mati
* kebengkakan
* mulut tidak boleh dibuka seperti sebelumnya
* kehilangan gigi

Apa yang aku boleh lakukan untuk mengurangkan rasa sakit gigi?

Dapatkan pemeriksaan dan rawatan daripada doktor gigi dengan segera.


Walau bagaimnapun aku boleh mencuba petua-petua berikut bagi mengurang rasa sakit untuk sementara waktu sebelum ke klinik :

* Ambil ubat penahan sakit.
* Berkumur-kumur atau gunakan flos secara perlahan-lahan.
* Hisap ais untuk mengebaskan gusi.

Bagaimana aku boleh mencegah sakit gigi?

Sakit gigi boleh dicegah dengan :

* Penjagaan kesihatan gigi yang baik melalui amalan :
o memberus gigi dan menggunakan flos
o mendapatkan pemeriksaan gigi secara berkala sekurang-kurangnya sekali setahun
* Mengurangkan jumlah dan kekerapan pengambilan makanan atau minuman yang tinggi kandungan gula.

PS : sape2 ade petua lain siLa Beritahu aku ya ! ^_^

Wednesday, January 07, 2009

Bukan Menyibuk..Cuma Ambil Peduli

Bismillah...

aku bukan penyibuk...
aku cuma ambil peduli...
salahkah aku berkongsi maklumat yg aku rasa benar?
salahkah aku bercakap2 berkaitan dengan Politik atau Isu Semasa?
Terganggu Benarkah Pelajaranku ?
BukanKah politik Juga Adalah Satu bentuk iLmu...

Aku Hairan..
Mengapa Mereka tidak mempersoalkan Mereka yg Sibuk Bercakap2 tentang hiburan..

"Siapakah Yang akan Menang Juara Lagu"
"Siapa Akan Masuk Dan tersingkir dlm prgram realiti"
"Siapa akan menjuarai Americam Idol"

dan Sebagainya...

Tiada juga yg mempersoalkan Mereka yg sanggup berhabis Wang keraArah itu..

Tapi...

Jika aku Bercakap2 Politik atau Isu Negara..

Mereka mempersoalkan...

"Anda Student...tidak harus terlibat dalam politik"
"ia Akan menjejaskan Pelajaran anda !"
"balik Bilik, Belajar sahaja"

Padahal tiadapun aku berhabis wang kerana itu..
hanya sekiranya mampu isilah tabung Derma yg diedarkan...
dan sudah pasti nilainya jauh lagi sedikit dari tiket konsert hiburan !!

Mereka mempersoalkan akan menganggu pelajaranku...
Takut benar masa Belajarku Diganggu...
Terima kasih atas KeprihatinanMu...
Aku Sudah Pandai mengatur waktu...

Begitu Juga Mereka2 yg asyik Mengahbiskan waktu dgn Hiburan...
tiap malam ke pusat hiburan...
tiap minggu menonton EPL...

Tidak terganggukah Pelajaran Mereka?
Mungkin tidak..Mungkin ya..
Tidak pula Mereka Mempersoalkannya...

Aku Pasti Mahasiswa kini Pandai Mengatur strategi pembelajaran mereka..
Mereka Bukan dibangku Sekolah..
Mereka berada di Menara gading...
Puncak yg tinggi...

Mereka jugalah Yang akan Menentukan Masa Depan negara..

Mujur aku sudah Bergraduat...
Alhamdulillah dengan keputusan yg baik..
Jauh dari baik dari mereka yg tidak "menyibuk"...
Sekali lagi aku tegaskan...
Aku cuma Ambil Peduli.... ^_^

Saturday, January 03, 2009

Demo Aman Palestin @ JB


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com



Photo Embed Code:

Anda Mungkin Meminat Post ini Juga :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...