Follow Me ^_^

Saturday, January 10, 2009

Aduh..Sakit Gigi..

Aduh...gigiKu sakit...

Kenapa gigi aku sakit?

Apa yang menyebabkan sakit gigi?
Apakah komplikasi sakit gigi?

Apa yang aku boleh lakukan untuk mengurangkan rasa sakit gigi?

Bagaimana aku boleh mencegah sakit gigi?


Kenapa gigi aku sakit?

Penyakit gigi boleh menyebabkan aku sakit gigi. Sakit gigi lebih kerap berlaku di kalangan remaja yang mengabaikan penjagaan kebersihan mulut.

Sakit gigi yang parah boleh menyebabkan seseorang itu tidak dapat tidur dan kegiatan sehariannya terganggu.

Apa yang menyebabkan sakit gigi?


Sakit gigi biasanya ada kaitan dengan :

* kerosakan gigi
* penyakit gusi
* gigi sensitif
* sakit sendi rahang
* sinus tersumbat
* sakit telinga

Apakah komplikasi sakit gigi?

Jika punca sakit gigi tidak dirawat, ia boleh mengakibatkan :

* makanan sukar dikunyah
* gigi mati
* kebengkakan
* mulut tidak boleh dibuka seperti sebelumnya
* kehilangan gigi

Apa yang aku boleh lakukan untuk mengurangkan rasa sakit gigi?

Dapatkan pemeriksaan dan rawatan daripada doktor gigi dengan segera.


Walau bagaimnapun aku boleh mencuba petua-petua berikut bagi mengurang rasa sakit untuk sementara waktu sebelum ke klinik :

* Ambil ubat penahan sakit.
* Berkumur-kumur atau gunakan flos secara perlahan-lahan.
* Hisap ais untuk mengebaskan gusi.

Bagaimana aku boleh mencegah sakit gigi?

Sakit gigi boleh dicegah dengan :

* Penjagaan kesihatan gigi yang baik melalui amalan :
o memberus gigi dan menggunakan flos
o mendapatkan pemeriksaan gigi secara berkala sekurang-kurangnya sekali setahun
* Mengurangkan jumlah dan kekerapan pengambilan makanan atau minuman yang tinggi kandungan gula.

PS : sape2 ade petua lain siLa Beritahu aku ya ! ^_^

No comments:

Anda Mungkin Meminat Post ini Juga :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...