Follow Me ^_^

Monday, March 23, 2009

Remp-It

Bismillah..

Rempit..
perkataan yang popular masa kini..
siapa yang tidak tahu..mereka pastinya bukan dari malaysia..
ada yang memandang gejala ini sebagai tidak baik (masyarakat awam)..
ada juga yang berpendapat sebaliknya (mat rempit)...

bagi pandangan aku..
rempit ini adalah satu panggilan untuk samseng jalanraya yang menunggang motosikal..
selalunya mereka akan menunjukkan aksi-aksi menarik dan berbahaya..
Gaya hidup mereka juga agak bebas..
membawa "awek" bersama-sama mereka..
dan itulah yg menjadi kebanggaan mereka..

aku ingin memberi pandangan aku tentang Drama2 atau Movie2 yang berkaitan dgn rempit atau seangkatan dengannya..
aku bependapat, drama2 ini tidak menyumbang kepada penurunan kadar penyertaan anak muda dalam aktiviti itu..
malahan ia adalah merupakan satu bentuk promosi bg gejala tidak sihat itu..

Ya..
memang benar drama2 atau movie2 menunjukkan penyesalan rempit dan sebagainya..

Tapi..
dalam pemerhatianku..
apabila aku bertanya kepada adik sepupu ku yang berusia 10 thn..
soalku "dah besar nak jadi mat rempit tak ? "
jawabnya " nak ! boleh menang perempuan ! "

terkejut aku mendengar jawapan itu..
aku nasihati dan mereka sedar atau buat2 sedar dihadapanku..
dalam hati siapa tahu..

ia seolah-olah kita mengajar anak melakukan kebaikan..
tetapi dalam masa yang sama kita membuat kejahatan..

ayah menunjukkan contoh tidak baik..
lalu mengatakan "jangan tiru sikap ayah"...
anda pasti anak2 anda akan ikut kata anda? 
pasti mereka mengatakan mengapa tidak !

Begitu juga dengan drama2 atau filem2 sebegini..
mereka memaparkan adegan yang tidak baik seperti rempit..
lalu mereka mengatakan "jangan tiru aksi ini"..
anda pasti mereka diluar sana akan ikut nasihat anda? 
setelah melihat keseronokan melebihi penyesalan..
pasti mereka lebih berminat untuk mencubanya...
malah memberi idea baru kepada mereka yang tidak terfikir untuk melakukannya..

aku pasti..
anak2 kecil melihat itu sebagai suatu benda yang seronok..
gaya hidup bebas mereka menjadi idaman..
kerana mereka melihat keseronokan ada disitu..
bg mereka membawa motor dgn pelbagai aksi berbahaya akan meningkatkan imej mereka..
memenangi perlumbaan dan mendapat habuan wang dan wanita akan menjadi kepuasan mereka..
seterusnya menjadi cita-cita mereka..
maka musnahlah generasi muda..
akibat produser yang tamakkan harta..

Thursday, March 19, 2009

itulah Hidup..itulah Dunia..

Bismillah..
hari ini aku nak menulis tentang hidup dan dunia..

kadang2 aku tertanya2..
apa erti hidup kita didunia ?
adakah hanya untuk berfoya2 ?
atau bersuka ria ?
impian memiliki kereta besar..
rumah besar..
pakaian terbaru..
gadjet tercanggih..
motor terhebat..
pasangan tercantik..
gaya hidup terbarat..
seolah-olah itu semua menjadi tujuan utama..
jika tidak akan di pandang "low class"..
atau ketinggalan zaman..
ada juga yang ingin di lihat "special" dengan menyertai kumpulan "istimewa"..

aku tertanya-tanya..
adakah itu semua akan membawa ke syurga ?
dlm al-quran jelas menunjukkan tujuan manusia kedunia adalah untuk beribadah kepada-Nya.
aku rasa sudah jauh aku lari dari tujuan kedunia..

aku bercakap dari hati..
aku jadikan mati sebagai motivasi..
ibuku sering mengingati..
berkerjalah seperti tidak akan mati..
dan beribadahlah seperti esok akan mati..

harta kekayaan hanya ilusi..
bagai mainan mimpi..
yang realiti adalah yang digunai..
untuk kegunaan manfaat diri..

ku melihat si kaya yang runsing..
ku melihat si miskin yang tenang..
ku melihat jua si kaya yang tenang..
ku melihat jua si miskin yang runsing..

yang tenang mendekatkan dirinya pada agama..
yang runsing leka dengan dunianya..

ku melihat si miskin hidup susah sengsara..
ku bayangkan bagaimana hidup dirumah yg kecil, 10 penghuninya..
tpi bila kulihat wajah2 penghuninya terseyum mesra..
walau kadangkala poket kosong sentiasa..
tetapi tenang hatinya..
mereka lagi bahagia dari si kaya yang runsing..

ku melihat jua si kaya yang rumahnya besar..
keretanya besar..
jika dinisbahkan dengan rumah kecil si miskin..
cukup untuk menampung 50 penghuni didalamnya..
tapi hati mereka selalu runsing..
memikirkan harta yg sudah sedia byk..
takut harta akan dihabiskan oleh anak yang tidak senada..
atau takut pencuri datang kerumahnya..
adakah itu bahagia ?

si miskin dan si kaya yang tenang..
mereka hidup saling membantu..
si kaya menghulurkan bantuan kepada si miskin..
si miskin pula mendoakan si kaya..
mereka bersyukur dengan apa yang ada atas usaha mereka..
kerana mereka tahu siapalah mereka disisi tuhan-Nya..
Hanya Taqwa menjadi ukuran bagi Yang Esa.

itulah Hidup..itulah Dunia..

Akhirat bagaimana ?

Wednesday, March 18, 2009

Migrain

Bismillah...

Hari ni nak cite pasal kesihatan pulak la..

nak kongsi tentang Migrain ! 

Sebab Kawan aku Kene migrain..kesian dia..

Apa itu migrain ?

Migrain ialah satu keadaan di mana sakit kepala terjadi disebabkan oleh aliran darah dan perubahan kimia diotak. Perubahan ini akan menyebabkan  arteri yang membekalkan darah ke otak tersekat dan menimbulkan sakit kepala diikuti oleh rasa tidak selesa pada perut, loya dan pening.Ia juga kadangkala menimbulkan kesan pada pandangan dan menimbulkan satu fenomena pada pemandangan yang dipanggil aura.Ia adalah satu keadaan neurologikal yang biasa dialami oleh penduduk negara maju dan membangun. Ia biasa menyerang pada peringkat usia selepas baligh.Migrain ialah sejenis penyakit keturunan dan mempunyai kecenderungan untuk berulang.Wanita mempunyai kecenderungan mengidap migrain yang lebih tinggi berbanding lelaki(75%), kebiasaan sebelum haid dan selepas menopaus.


Adakah anda pengidap migrain? 

Jika anda mempunyai dua dari simptom-simptom dibawah , bermakna anda juga tergolong dalam golongan domina yang mengidap migrain.

1. Biasakah anda mengalami gejala gangguan saraf seperti gangguan pada pandangan seperti titik buta dan melihat motif seperti zig zag sebelum mengalami sakit kepala?

2. Atau anda seperti melihat sinar cahaya yang amat terang hingga terasa seperti hampir buta dan sesekali melihat objek di hadapan anda mempunyai aura disekelingnya? selalunya gejala ini akan berlaku selama 15 hingga 20 minit dan diikuti oleh sakit kepala yang teruk. 

3. Adakah anda biasa mengalami sakit kepala yang teruk dan berdenyut-denyut disebelah atau satu bahagian kepala sahaja? 

4. Atau anda biasa mengalami diikuti oleh muntah atau cirit-birit? 

5. Biasakah anda merasa amat sensitif dan takut pada cahaya yang terang(fotofobia), merasa amat sensitif pada bunyi(fonofobia) dan merasa amat sensitif pada bau (osmofobia)? 

Jika anda memang mengalami  dua dari gejala diatas bermakna anda berkemungkinan mengalami migrain. Walaubagaimanapun anda perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum  membuat sebarang keputusan atau kesimpulan.

Walaupun begitu sukar untuk menemui penawar yang benar-benar boleh mengubati migrain , keadaan masih boleh dikawal. ubat-ubat dan penawar migrain selalunya membantu pesakit untuk mengurangkan kesakitan dan gejala yang dialami ketika diserang migrain.

Antara herba yang biasa digunakan untuk merawat migrain atau sakit kepala  ialah pokok sembung (blumea balsamifera) dari famili compositae. bahagian yang digunakan ialah daun dan bahagian atas bunganya.Sejenis bunga yang dipanggil feverfew atau nama saintifiknya chrysanthemum parthenium dari famili compositae juga sesuai dijadikan teh dan di minum dua kali sehari.Selain itu pokok lemuni atau nama saintifiknya vitex trifolia var negundo dari famili verbenaceae boleh digunakan dengan cara merebus enam sudu besar daunya yang telah dipotong halus  dan juga bunganya dengan 2 gelas air selama 15 minit. Air ini disejukkan dan ditapis untuk diminum setengah daripadanya dalam selang masa antara 3 hingga empat jam.

Sumber : www.melur.com

Cara alternatif lain untuk rawat migrain ni adalah dengan amalkan langkah -langkah dibawah ni :

1. Baca Al-Fatihah (1 x)  

2. Baca Surah Al-Ikhlas (3 x)  

3. Baca Surah Yassin ayat ke 58 " Sala mun Qaulan Minrabbirrahim "
(3 x)
  

4. Baca Selawat Nabi (3 x)  

Kemudian hembus di tapak tangan, dan letakkan tapak tangan di atas kepala beberapa ketika. Ulang langkah-langkah diatas beberapa kali. Insyaallah, it will work.


RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah   tersebut   "SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM"  diulang sebanyak   7 kali untuk 7 niat baikmu, Insya Allah, dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan..( nnti aku check balik kesahihannya )

Saturday, March 07, 2009

PPSMI : Siapa yang Harus DiBedil !


HAri ini dunia menyaksikan..
Perhimpunan Menuntut hak Bahasa Dikembalikan..
PPSMI..
Satu dasar yang di ilhamkan Tun Mahathir..
Siapalah aku untuk mengkritik dasar beliau..
Aku bukan siapa-siapa...
Tetapi Pejuang bahasa, sasterawan negara, pakar bahasa TELAH mengkritik dasar beliau..
barulah sepadan mereka yang mengkritik dengan yang mengilhamkan..

Polis :
tugasnya mengawal keselamatan negara...
memastikan segalanya berjalan dengan aman..
permit dikeluarkan di masjid untuk perhimpunan..
tetapi tidak untuk perarakan ke istana negara..
rakyat degil..
tetap kesana..
jika aku disana..
pasti aku kesana juga..
mengapa harus dihalang untuk bertemu Sultan tercinta..
kita hanya mahu menyampaikan hasrat didada..
kita bukan gila untuk membuat huru hara..
polis yang menimbulkan huru hara kerana menyuraikan mereka dengan MEMBEDIL gas pemedih mata..
sudah pasti mereka mereka yang terkena tidak berpuas hati lantas membalas tanpa bicara..
diberitakan sasterawan negara turut DIBEDIL sama..
sungguh kasihan pejuang bahasa..

Yang HADIR :
Pejuang Bahasa..
Rakyat..
NGO..
Pakatan Rakyat..

tidak kelihatan pula kelibat UMNO dan sekutunya.. 
yang sebelum ini sibuk memperjuangkan bangsa tercinta..
mungkin Takut digelar DERHAKA..
ataupun mungkin mereka Sibuk Melobi agaknya..

Menteri bertangungjawab berkata...(sedutan dari TV3)
"cuba fikirkan siapa dalang disebalik isu PPSMI"..
"ada golongan yg ingin membangkitkan isu perkauman"..
"Kita Harus fikirkan hal yang LEBIH penting"..
"seperti ISU Ekonomi"..

AKU berkata...
Terlupakah YB ada antara ahli UMNO johor juga satu ketika dahulu membantah dasar PPSMI ini..
cuma sekarang nampak BISU sahaja..
jika ada dalang sekalipun pastinya dalangnya adalah RAKYAT yang cintakan bahasa..
Aku tidak nampak dalam konteks ini isu perkauman mahupun agama dimainkan..
ini adalah ISU BAHASA KEBANGSAAN !
Tidak pentingkah ISU BAHASA ini Wahai Pak menteri..
ISu Ekonomi tidak dinafikan Harus Diberi perhatian.. 
Tetapi oleh MEnteri Kewangan..
Bukan MENTERI PELAJARAN !


Mereka yang menyokong Dasar ini yang selayaknya di BEDIL !

Untuk Tahu Mengapa kita Bantah Dasar ini.. 
Muat TURUN E-book MEngapa kami BANTAH PPSMI :








Anda Mungkin Meminat Post ini Juga :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...