Bismillah..
Rempit..
perkataan yang popular masa kini..
siapa yang tidak tahu..mereka pastinya bukan dari malaysia..
ada yang memandang gejala ini sebagai tidak baik (masyarakat awam)..
ada juga yang berpendapat sebaliknya (mat rempit)...
bagi pandangan aku..
rempit ini adalah satu panggilan untuk samseng jalanraya yang menunggang motosikal..
selalunya mereka akan menunjukkan aksi-aksi menarik dan berbahaya..
Gaya hidup mereka juga agak bebas..
membawa "awek" bersama-sama mereka..
dan itulah yg menjadi kebanggaan mereka..
aku ingin memberi pandangan aku tentang Drama2 atau Movie2 yang berkaitan dgn rempit atau seangkatan dengannya..
aku bependapat, drama2 ini tidak menyumbang kepada penurunan kadar penyertaan anak muda dalam aktiviti itu..
malahan ia adalah merupakan satu bentuk promosi bg gejala tidak sihat itu..
Ya..
memang benar drama2 atau movie2 menunjukkan penyesalan rempit dan sebagainya..
Tapi..
dalam pemerhatianku..
apabila aku bertanya kepada adik sepupu ku yang berusia 10 thn..
soalku "dah besar nak jadi mat rempit tak ? "
jawabnya " nak ! boleh menang perempuan ! "
terkejut aku mendengar jawapan itu..
aku nasihati dan mereka sedar atau buat2 sedar dihadapanku..
dalam hati siapa tahu..
ia seolah-olah kita mengajar anak melakukan kebaikan..
tetapi dalam masa yang sama kita membuat kejahatan..
ayah menunjukkan contoh tidak baik..
lalu mengatakan "jangan tiru sikap ayah"...
anda pasti anak2 anda akan ikut kata anda?
pasti mereka mengatakan mengapa tidak !
Begitu juga dengan drama2 atau filem2 sebegini..
mereka memaparkan adegan yang tidak baik seperti rempit..
lalu mereka mengatakan "jangan tiru aksi ini"..
anda pasti mereka diluar sana akan ikut nasihat anda?
setelah melihat keseronokan melebihi penyesalan..
pasti mereka lebih berminat untuk mencubanya...
malah memberi idea baru kepada mereka yang tidak terfikir untuk melakukannya..
aku pasti..
anak2 kecil melihat itu sebagai suatu benda yang seronok..
gaya hidup bebas mereka menjadi idaman..
kerana mereka melihat keseronokan ada disitu..
bg mereka membawa motor dgn pelbagai aksi berbahaya akan meningkatkan imej mereka..
memenangi perlumbaan dan mendapat habuan wang dan wanita akan menjadi kepuasan mereka..
seterusnya menjadi cita-cita mereka..
maka musnahlah generasi muda..
akibat produser yang tamakkan harta..
1 comment:
aku stuju ngn ko...
aku xske cite2 cmtu
wat rosak bangsa jer
masalhnye yg rosak org MELAYU gak
Post a Comment