Bismillah...
Tugas
Minggu Ini Aku Ditugaskan Untuk Menjaga Atok Kerana Bapa SaudaraKu kehilangan Kereta(Baru Dijumpai di Segamat) Jadi beliau tiada kenderaan untuk kerumah Atok Ku..
aku bermula "tugas" pada Pukul 8 pagi hingga 10 pagi..
8 pagi aku sampai, aku baca paper, atok aku masih lagi belum bangun (beliau bangun subuh dan minum pagi pada pukul 7 kemudian tidur kembali)
tepat jam 8.30 pagi, aku kejutkan atok,
pada kali pertama agak terkejut atok,
mungkin cara aku kejutkan membuatkan atok terperanjat..hehe
Tapi lama-kelamaan Sudah OK.. :)
kemudian,aku papah Atok untuk bangun menggunakan Togkat untuk ke bilik Air,
Alhamdulillah beliau masih mempunyai kekuatan untuk mandi sendiri,
sementara menunggu Atok Mandi, Aku sambung baca paper,
Dalam pukul 8.45pg atok selesai mandi,
aku papah atok ke kerusi, memakaikan atok kain pelekat,
atok meminta digarukan pada bahagian badan aTok, aku garu menggunakan sikat yang diberikan atok,
pada mulanya aku menggaru perlahan, tetapi atok meminta supaya lebih kuat sedikit, aku sebenarnya khuatir kulit atok akan berdarah, kerana kulit atok yang kini berusi 89thn sangat sensitif..
selesai menggaru, aku menyapu losyen Aloe vera di bahagian belakang badan dan tangan atok,
untuk memastikan kulit aTok tidak kering, Selsai Menyapu Aloe Vera, aku menepuk-nepuk badan atok kerana atok kelihatan sukar bernafas..
Apabila keadaan Atok Sudah selesa kembali, aku berikan atok Ubat, 3 biji semuanya,
Sarapan
Kami sarapan bersama-sama,
Atok hanya makan 2 keping roti dan 3 biji buah Kiwi dan sebiji Pisang,
Aku pula makan karipap Atau ladang2 Bibik masakkan Nasi Goreng dan telur,
air Nescafe ! sangat Manis ! aku terpaksa tambah air kosong..hehe..
Sambil bersarapan aku berbual dgn atok tentang berita2 yang ada di dada akhbar,
Juga menonoton siaran AWANi pagi..Kadang2 Discover channel..
selsesai sarapan lebih kurang pukul 10, atok kembali ke bilik, aku berikan Ubat Sesi kedua 5 biji Kesemuanya,
banyak betul ubat atok, Pagi sahaja 8 biji Ubat ditelannya..
aku sapukan Bedak Dettol dbelakangnya bagi mengelakkan beliau gatal dan mengurangkan beliau menggaru sendiri,
Aku pakaikan Atok Baju Panas, dan Beliau sedia Untuk Berehat,
Atok Berdoa Sebelum Berehat Di katil..
Aku keluar dari Bilik..
DAn pulang kerumah..
Sesi tengah Hari di sambung Oleh Bapa saudaraKu yang Sulung..(kadang2 aku turut menggantikan beliau jika beliau mempunyai urusan )
Gambar
Gambar Diatas, aku Bersama Atok,
Aku ketika itu berusia 3 atau 4 thn..
Lihat bagaimana kasih sayang atok Kepada cucunya,
Jika dulu aku berbatuk2 pasti beliau akan menepuk menepuk dibelakangku,
Jika dulu Tangan ku Luka, Pasti beliau akan merawat lukaku,
Jadi Layak kah Aku untuk Merungut jika kini Diminta untuk Menjaga Atok ku ?
With Tok Abah
aku sebenarnya sebelum in Agak Segan Dengan Atok, Aku kurang rapat dengan beliau,
bermula dari atok sakit, aku menjaga beliau di Hospital, sejak itu aku sudah agak mesra dengan atok,
Sebab itu atok sendiri yang meminta aku menjaga beliau,
Aku kehilangan abah sejak umur 10 thn..
Abahku Adalah Ibuku, Ibuku adalah ibuku..
Aku Gembira Menjaga atok, Bagiku, Berkhidmat untuk atok seperti berkhidmat untuk Abahku..
aku dapat membalas jasa Abah dengan berkhidmat untuk Atokku.. :)