Follow Me ^_^

Tuesday, June 09, 2009

Hiburan Terlampau


Hari ini aku nak share sedikit informasi yang aku nak korang tahu..hehe

Adalahkiranya posting yang aku buat ini bukanlah begitu menjurus kepada apa yang dibincangkan itu, tetapi lebih kepada informasi yang berkaitan dengan industri hiburan tanah air.

Seperti yang kita semua tahu, pemain-pemain dalam industri hiburan dinegara kita dikuasai oleh Media Prima dan Astro.

Tapi adakah anda tahu bahawa kita juga sebenarnya adalah pemain industri itu secara tidak lansung ?

Info : Major Share Holder bagi MediaPrima adalah Employees Provident Fund Board A.K.A KWSP!!

Major ShareHolder bagi Astro adalah Khazanah Nasional BHD, GLC company !!

Jadi kesimpulan yang aku dapat buat adalah, kita sebagai pencarum KWSP sebenarnya turut menyumbang untuk membeli saham dalam media prima, dan sebagai pembayar cukai, kita juga menyalurkan wang kepada syarikat GLC untuk mmbeli saham di Astro... :)
Sedar tak sedar kita "melabur" juga disana rupanya...
Jadi Adalah menjadi Tugas kita untuk terus mendesak agar program-program yang dihasilkan itu mempunyai kualiti dan mesej yang baik, bukan karya haprak dan sampah seperti sekarang !!

No comments:

Anda Mungkin Meminat Post ini Juga :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...