Follow Me ^_^

Wednesday, July 29, 2009

Maaf Tuan Guru Nik Aziz

PERMOHONAN MAAF

Utusan Malaysia memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat, Menteri Besar Kelantan di atas kesilapan laporan mengenai kenyataan beliau yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009.
YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz sebenarnya bermaksud bahawa "nasihat beliau tidak semestinya didengar" ketika mengulas mengenai cadangan kerajaan perpaduan pada sidang media itu.
Oleh itu, tajuk atas sebelah kiri, muka surat hadapan Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009 iaitu Nasihat saya mesti didengar adalah salah serta bukan menggambarkan apa yang dimaksudkan oleh YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz pada sidang media itu.
Begitu juga fakta berhubung perkara yang sama pada berita penuh mengenai kenyataan beliau itu pada muka surat 7, Utusan Malaysia keluaran 15 Jun 2009, adalah salah.
Utusan Malaysia dengan ini menarik balik dengan sepenuhnya kesilapan tersebut dan secara tulus ikhlas memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz di atas kesilapan yang tidak disengajakan itu dan atas apa jua kedukaan atau pengaiban yang mungkin diakibatkan kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz daripada kesilapan tersebut
Bagi pendapat aku yang tak seberapa ini..
Aku merasakan Utusan Malaysia Mahu Tarik lebih banyak Pembaca yang kini sudah tidak mahu membeli akhbar2 mereka..

dan kes ketidakpuashatian wartawan2 mereka yang tidak dinaikkan gaji menunjukkn keadaan kewangan mereka yg buruk..

Namun Aku tetap bersangka Baik dengan Permohonan maaf itu...

Tapi...

Selepas membaca ruangan dalam akhbar..
nampaknya mungkin akan ada permohonan maaf lagi selepas ini..hahaha...

Lain KaLi Berfikir Dahulu Sebelum Menulis...Haih ~


2 comments:

Anonymous said...

ya aku sokong 130 peratus yang utusan memang terpaksa guna 'taktik' ni untuk menarik minat pembaca. Aku kalau beli utusan atau akhbar mingguan just nak tgk ada iklan jawatan kerajaan ke tak. Masa beli ni adalah dalam 2 minggu lepas kematian raja pop, MJ. Baca ruangan siti jarum. Pehh, dapat sambutan la ruangan dia minggu ni. Semuanya gara2 dia menghentam mengenai MJ. Dia pelik apa lah yang hebat sangat org pandang MJ. Peminat MJ yang masih berduka, bertindak mempertahankan MJ dengan menyatakan Siti jarum 'melampau'. Aku bertanya kepada ayah...kenapa lah siti jarum beria menghentam MJ. Ayah jawab, biasalah akhbar dah tak laku. Terpaksa timbulkan 'isu' supaya orang beli dan baca. Termasuk lah aku!

Anonymous said...

baetul tu sy setuju sgt dgn anon di atas.. kami sekeluarga da lm tak beli utusan.. cuma hr mingu je beli..

Anda Mungkin Meminat Post ini Juga :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...