Follow Me ^_^

Friday, December 07, 2012

Langkah Semula

Umurku kini hampir mencecah 26 tahun, jika tidak silap, dalam ingatan 4 tahun lepas ketika diriku mendaftarkan perniagaan, dimulakan dengan sungguh bersemangat, namun kosong pengalaman, jadi memang suatu yang sukar untuk terus melangkah, dalam langkahan mengharungi kesukaran itu, perasaan takut, kurang berkeyakinan, pemalu dan sebagainya kerap muncul, dan ia menyumbang kepada terkubur perniagaan itu begitu sahaja.

Setahun selepas itu cuba nasib untuk makan gaji, atas alasan ingin mencari pengalaman. Alhamdulillah, sebuah agensi badan berkanun sudi menerima. Kini sudah hampir 3 tahun berkhidmat. Banyak pengalaman dan latihan yang diterima. Keyakinan sudah mula terbina, kemahiran berkomunikasi sudah sedikit ada, begitu juga pengalaman mengurus manusia.

Hari ini sepupu perempuanku mendaftarkan perniagaannya, tiba-tiba semangat 4 tahun dahulu datang menjelma. Cuma kedudukannya sedikit berbeza. Adakah ini petanda? Sudah masanya untuk melangkah semula?

Saturday, November 03, 2012

Johor, Saya Datang.

Sudah hampir 3 tahun saya berhijrah ke negeri orang, tidak sedikit pengalaman yang ditimba, Alhamdulillah, saya dipertemukan dengan sahabat yang baik-baik, bos yang baik-baik, rakan sekerja yang baik-baik, hatta pemimpin tempatan juga yang baik-baik, pengalaman itu cukup bermakna, kami buat aktiviti bersama-sama, berjumpa dan menyampaikan dasar kerajaan pada orang kampung, menyelesaikan masalah, dan berusaha mencapai matlamat yang ditetapkan dengan bersungguh.

Namun saya berpendapat Skil pengurusan saya masih lemah, mungkin pendekatan yang saya ambil tidak sesuai dan begitu longgar, walaupun saya rasa pendekatan itu bersesuaian mengikut situasi semasa. Apa pun, ia semua berbalik pada pencapaian, walaupun saya percaya rakan sekerja saya sudah bersungguh-sungguh melaksanakan tugas mengikut apa yang telah dipersetujui bersama, namun pencapaian masih tidak dapat dicapai sepenuhnya seperti apa yang dirancang, bagi saya, itu bukan salah rakan sekerja saya, itu salah saya, skil pengurusan saya masih lemah !

Untuk itu, saya bercadang untuk menyambung pelajaran sepenuh masa di kampung saya di Johor Bahru untuk meningkatkan Ilmu pengurusan saya. Diharapkan dengan pengalaman yang sedikit hasil hijrah selama 3 tahun dapat membantu dalam pembelajaran saya kelak dan kemudiannya diterapkan dalam organisasi saya sendiri.

Hakikatnya, Ia bukan satu keputusan yang mudah. Saya sangat sayang dengan sahabat, rakan sekerja dan pekerjaan ini, namun saya harus mulakan langkah kehadapan untuk terus maju dan berjaya serta memilih untuk kehidupan yang lebih teratur dan selesa untuk keluarga.

Buat Dua Cahaya, percayakan saya, insyaAllah Allah permudahkan segalanya. ^_^

#Johor.Saya.Datang#

Wednesday, September 28, 2011

Arsenal

Pouch baru untuk iphone aku.
Arsenal dah menang boleh la pakai. Hehe

Saturday, September 17, 2011

Tecso Ooo...

Resit Tesco
Hari Ini Aku pergi Tesco Manjung.
Pergi beli barang Keperluan.
Aku nasihatkan korang sila la semak harga di resit setelah buat bayaran.
Kadang kala harganya berlainan seperti dipaparkan semasa kita buat pertimbangan untuk membeli.
Nasib baik khimat pelanggan diorang bagus.
Kalau harga barang berbeza dari yang dipaparkan akan dapat potongan harga.
Tapi itu jika kita semak, jika tidak ? Kaya Pemilik Tesco tu...haha..

Tuesday, July 26, 2011

Pergilah Dunia

PERGILAH DUNIA

Perlahan-lahan ku jejak kaki 
terus melangkah untuk mencari
suatu arah yang masih belum lagiku temui
apakah kerna dosa silamku
masih membayangi diri ini
hingga tak mampu untuk ku lari
dari belenggungnya......

apalah daya hambamu yang lemah
hanya kekosongan jiwa 
belum hasutan nafsu bergelora 
hanyalah padamu daku berserah
untukmu bersujud dan menyembah
mengharap ampunMU yang Kuasa

pergilah oh dunia....

jauh dari hati ini 
kerna kasihmu hanya sementara
aku hanya mengharap redha Tuhanku
menemani jiwaku yang lemah tak berdaya
terasa diri ini sentiasa mengadu padamu...
bagai tiada apa menghapus
dosa-dosa yang lalu.

Sunday, June 12, 2011

Kampung idaman

Kampung idaman

Aku suka suasana kampung,
Suasana tenang untuk berlindung,

Udara segar,
Tiada pagar,

Penduduk ramah,
Bahasa berhemah,

Tidak berdendam,
Tiada hasad dan dengki terpendam,

Itulah kampung idaman,
Tempat mencari sesuap makanan,

Makanan halal buat keluarga,
Hasil usaha tanpa curiga,

Penduduknya rajin bekerja,
Tiada meminta jika bukan haknya,

Itulah Kampung idaman,
Tempatnya aman,

Tiada fitnah,
Penduduknya sentiasa amanah,

Dalam menuntut ilmu tiada megah,
Ilmu disampaikan tanpa menyumpah,

Itulah Kampung idaman...

Wednesday, June 01, 2011

Abah

15 tahun sudah abah pergi,
Namun terasa sentiasa disisi,
Kasih mak tiada tandingi,
Mengubat sepi dalam diri.

10 tahun umurku ketika itu,
8,6,4 umur adik-adikku,
11 dan 12 umur kakak-kakakku,
Bersama menempuh hidup berliku.

Pengorbanan mak tiada tandingan,
Mengasuh dan mendidik kami penuh perhatian,
Sentiasa memberi sepenuh sokongan,
Demi kebaikan kami di masa hadapan.

Syukur kami tidak bersendirian,
Keluarga besar bersama beriringan,
Sentiasa membantu memberi pertolongan,
Hanya Allah dapat memberi ganjaran.

Bila bertemu sahabat abah,
Diceritakan padaku kisah-kisah,
Cita-cita besar, bersemangat berjuang dan pemurah,
Bilakah pula aku mahu memulakan langkah?

Aku masih memilih langkah,
Mahu menjadi seperti abah,
Belum berani untuk menongkah,
Kerana khuatir tersilap langkah.

Ya Allah Ya Tuhanku padaMu ku sembah dan padaMu ku meminta pertolongan,
Kuatkan jiwaku menempuhi cabaran,
Halakan langkahku ke jalan kebenaran,
Semoga hidupku penuh keberkatan.

^_^
Mobile Blogging from here.

Sunday, May 01, 2011

iblogger

iblogger..
perisian disokong untuk iphone..
mudah digunakan untuk berblog..:)
cubaan pertama membuat posting dari persian ini..:)

Tuesday, February 01, 2011

Dividen Tabung Haji 2010


Tabung Haji mengistiharkan 5.5% dividen bagi tahun kewangan berakhir 2010. ^_^
Dividen akan didepositkan pada 31 Januari 2011.

Harap Maklum. ^_^

Berikut adalah kadar dividen Tabung Haji sepanjang 9 tahun yang lepas :
Tahun 2009 = 5.0%
Tahun 2008 = 5.0%
Tahun 2007 = 5.0% + 2% (bonus)
Tahun 2006 = 4.75%
Tahun 2005 = 4.5%
Tahun 2004 = 4.3%
Tahun 2003 = 4.0%
Tahun 2002 = 3.5%
Tahun 2001 = 3.25%

Tuesday, December 21, 2010

2011 Wishlist [Updated]

1. Iphone 4 + RM58 Digi Package
Tercapai ! Yeah ~ cuma Tak guna Line Orang Kuning, Guna Orang hijau. ^_^

2. Mac book Pro
TerCapai ! ^__^v
3. Engagement Ring & Gift
Tercapai ! tapi Bukan Cincin mcm kat atas ni.. hoho
.
4. Sport rim 17" & Skirting  


Setelah di review semula, wish ni tangguh tahun depan.

5. Wedding Ring and Gift and Wife. (lol!)
 Dalam Proses...

6. Sony BRAVIA™ HD TV (LED & LCD) - EX520 Series [Baru Masuk List. hehe]

Hmm...........



Sunday, December 19, 2010

Saya Gay, Saya Ok

"Saya Gay Saya Ok". (rujuk Website SEKSUALITI MERDEKA untuk melihat pengakuan terbuka tersebut)


Sedih apabila melihat seorang muslim, melayu mengaku dirinya sebagai gay secara terbuka.


Mungkin salah kita kerana tidak memberi penjelasan kepada mereka tentang peringatan dari Allah dalam Surah Al-Naml ayat 54 hingga 58 yang bermaksud :

Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan); (ingatlah peristiwanya) ketika ia berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji sedang kamu nampak kejinya?


"Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki, bukan perempuan, kerana memuaskan nafsu syahwat kamu. (Perbuatan kamu itu amatlah keji) bahkan kamu kaum yang jahil (yang tidak mengetahui akan akibatnya)".


Maka kaumnya tidak menjawab selain dari berkata: usirlah Lut dan pengikut-pengikutnya dari bandar kamu ini; sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang mendakwakan dirinya bersih suci ".


Lalu Kami selamatkan Nabi Lut dan keluarganya serta pengikut-pengikutnya, kecuali isterinya, Kami takdirkan dia menjadi dari golongan yang tertinggal dalam azab.


Dan Kami hujani mereka dengan hujan yang membinasakan, maka amatlah buruknya hujan azab yang menimpa orang-orang yang telah diberi amaran.


Semoga Allah memberi Hidayah dan Petunjuk...


Jika dilihat situasi dimalaysia, Seorang yang Gay tiada tempat di Malaysia. 
Kerana Seksyen 377B Kanun Keseksaan jelas menyatakan bahawa :

Whoever voluntarily commits carnal intercourse against the order of nature shall be punished with imprisonment for a term which may extend to twenty years, and shall also be liable to whipping.

Thursday, October 21, 2010

Festival Fesyen Islam

Baru -baru ini Isteri Perdana menteri menganjurkan festival fesyen islam,
bunyinya amat mengembirakan,
Malaysia maju setapak lagi dengan mempromosikan fesyen islami,
namun segalanya menjadi mimpi,
fesyen islami yang dinantikan adalah sebaliknya.
Ianya seperti mempromosi fesyen jahiliyah.

Sedih.
Biar pun Penaung program tersebut belum mendapat hidayah untuk menutup aurat dengan sempurna,
janganlah di pesongkan dan kelirukan mentaliti anak muda dengan ungkapan "fesyen islam" dalam majlis itu.
Tidak mustahil selepas ini mereka akan mengatakan pakaian-pakaian yang tidak menutup aurat seperti gambar dibawah sebagai sesuatu yang dibolehkan oleh islam.
bukan kah itu sesuatu yang serius?
Walaupun ianya berlansung dibumi monaco, fesyen yang di persembahkan perlulah menepati ciri-ciri islam yang sebenarnya.
Dalam hal ini mufti malaysia harus mengambil peranan kehadapan dengan menasihatkan isteri perdana menteri agar upacara yang diadakan sejak 2006 ini adalah tidak menepati ciri islam yang sebenarnya.
40 ulama' muda dari parti melayu, sebaiknya memainkan peranan agresif untuk membetulkan kefahaman pemimpin tertinggi serta isteri agar dapat memartabatkan Islam mengikut Al-quran dan hadis sepertimana yang mereka sering war-warkan.

Secara peribadi aku sedih melihat usaha yang baik seperti ini disia-siakan begitu sahaja. Malaysia berpeluang menjadi pelopor dengan memperkenalkan 100% fesyen islami, kita berpeluang juga untuk mengkritik fesyen dari negara lain yang tidak menepati ciri islam. tapi kesempatan itu disia-siakan.


Monday, October 18, 2010

Menulis

Mulai saat ini aku akan mula menulis kembali. Fokus penulisan akan ditumpukan pada pandangan ikhlasku terhadap sesuatu isu yang berlaku di sekelilingku dan tentunya isu-isu semasa. Mungkin aku akan mencuba teknik penulisan yang berbeza daripada dahulu, mungkin dalam bentuk puisi, pantun, satira ataupun menulis secara santai.

^_^

Wednesday, March 10, 2010

Outing di KL

untuk paparan lebih besar klik sini


Jom tengok koleksi lain kat flickr aku..klik sini

Dua Minggu Lepas, masa cuti raya cina, aku sempat p jalan2 kat KL bersama dengan sepupu ku abg Zam, tQ abg zam dan kak liza sbb sudi bawa aku p jalan2..hehe..

gambar di atas adalah beberapa shot yang aku sempat ambil..enjoy it ! ^__^

Friday, March 05, 2010

Tips Elak MLM

Tips untuk Mengelakan diri dari menyertai MLM :

1. cakap dengan mereka, "aku hidup dah tak lama dah"...
2. kalau baik sket cakap " terima kasih je la ye..saya tiada masa"
3. Atau bagi tahu mereka, "Saya Tidak Berminat, dan selesa dengan hidup Sekarang"
4. Tak pun cakap macam ni.."ah..malas la..p la cari orang lain"
5. ha..tak pun Selepas dia explain...korang minta pnjam duet dr dia..haha
6. kalau nak wat gaya sempoi ckp mcm ni.. "eh..ye ye je ko ni..sama je skrip ko dgn yang lain2..korang mmg dah rancangkan..hehe..td aku tgk video kat youtube..diorg tunjuk cara2 physcology untuk paksa org beli barang..sama la mcm ko buat...hahah..."

p/s : selalunya mereka akan buat muke kesian dan ada juga yang buat muka confident..tunjukan2 check2 dan sebagainya..itulah sebahagian taktik2 mereka untuk membuat marketing..janganlah mudah terpengaruh...aku tidak mengatakan mereka salah..cuma bagi yang tidak berminat..janganlah libatkan diri..kerana ianya akan memabazirkan wang anda..

itu Semua adalah strategi mereka untuk membuat marketing..it's normal..cuma, kita sebagai yang berhak membuat keputusan, mestilah lebih bijak dari mereka sekiranya tidak berminat dengan MLM ini..Tunjukan kepada mereka apa yang kita rasa secara terbuka, jangan hanya simpan didalam hati, lepas dah labur duit baru nak bebel2..

Monday, November 30, 2009

Bokeh !

Bismillah,

Hari ni aku beljar satu ilmu baru,
Terima kasih bagi pembuka thread di ruangan Fotografi di ILI yang menjadi titik tolak aku mempelajari teknik "bokeh" ini..^__^

Bokeh ni bahasa jepun,
kalau dalam bahasa melayunya "blur2"..ehe..

Untuk maklumat lanjut korang boleh la search kat google...

aku berjaya membuat bokeh lambang hati dan segi tiga, hasil pembacaan di flickr dan tutorial bokeh di youtube, pakcik Allan telah memberikan tips yg baik, dan aku berjaya menghasilkan bokeh yang dikehendaki, tQ pakcik Allan..ehe..

ni tips pakcik allan :

Allan Saw says:

The shape cut out has to be slightly smaller than the diameter of the aperature.

So if you were shooting at 50mm lens at f8 then it would be 50/8 = 6.25 or a hole around 6mm.

Cut the hole to suit and you should get good results. There's one shot in my stream if you want to see what I came up with.

Cheers,
Allan.

Hasil cubaan aku :



Wednesday, November 25, 2009

Salam AidiL Adha ! ^__^


Bismillah.

Salam AidiL Adha.
Buat sahabat dan kenalan yang mengerjakan hajji,
Moga dipermudahkan segala urusan,
Dan mendapat hajji yang mabrur hendaknya,

Buat yang meraikan di Kampung halaman,
Moga dapat ketemu nanti,
Maaf dipinta,
Moga erti pengorbanan dapat dihayati sentiasa,
bukan hanya bila tiba Hari Raya.

^__^

Tuesday, November 17, 2009

Lelaki Berjanggut dan Berjambang

Sunnah Berjanggut
Ada Ulama yang berpendapat bahawa hukum menyimpan janggut adalah sunat dan ada yang mengatakan, ia adalah wajib. Tetapi, pendapat yang paling jelas ialah wajib. Ini kerana, terdapat dalil sahih daripada Rasulullah s.a.w.

Antaranya,Daripada Ibn Umar r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Bezakanlah (jangan menyamai) perbuatan orang-orang musyrik, lepaskan (simpan) janggut kamu dan nipiskan misai kamu.”- Hadis riwayat Muslim dan al-Bukhari.

Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya orang-orang yang menyekutukan ALLAH membiarkan misai mereka dan mencukur janggut mereka, maka lakukanlah perbezaan daripada mereka dengan memanjangkan janggut dan menipiskan misai.” - Hadis riwayat al-Bazzar dengan sanad yang sahih.

Jadi, anda dinasihatkan supaya mengikut apa yang telah disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. Hukum menyimpan janggut adalah wajib bagi lelaki. Tetapi, terdapat ulama yang menyatakan sunat. Dengan alasan, ia hanya perbuatan Rasulullah s.a.w.

Hujah ini tidak jelas kerana terdapat dalil yang banyak daripada hadis Rasulullah s.a.w yang menyamakan seseorang Muslim yang tidak menyimpan janggut dengan suatu kaum yang lain.Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak menyimpan janggut. Oleh itu, anda tidak boleh menyerupai mereka. Ini salah satu daripada tatacara kehidupan mereka.

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, dia adalah daripada kalangan mereka.”- Hadis riwayat Ahmad.

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Bukanlah daripada umatku seseorang yang lain daripada kami. Oleh itu, janganlah kamu mengikut Yahudi dan Nasrani.”- Hadis riwayat al-Tirmizi.

Ibn Taimiyyah berkata:“Haram jika memotong janggut (mencukur janggut). Terdapat dalil daripada al-Quran, Sunnah dan ijmak mengenai larangan meniru gaya orang-orang kafir. Meniru gaya hidup dan akhlak mereka adalah satu perkara yang keji dan termasuk dalam akidah seseorang itu. ”Imam Ibn Abdul Bar dalam Kitab al-Tamhid:“Haram mencukur janggut. Jangan lakukannya kecuali Khunsa (yang mempunyai dua kemaluan) daripada lelaki.”

Seseorang yang mencukur janggut seolah-olah meniru gaya perempuan. Inilah yang membezakan antara lelaki dan perempuan. Menyimpan janggut adalah syiar Islam. Ia adalah akhlak para nabi dan orang-orang yang soleh.Ia adalah salah satu kemuliaan dan penghargaan kepada lelaki.

Rasulullah s.a.w amat mengalakkan seseorang Muslim menyimpan janggut. Rasulullah s.a.w tidak perintahkan umatnya melakukan sesuatu kecuali ada hikmahnya dan kena pada tempatnya. Hanya ALLAH dan Rasulullah s.a.w sahaja yang tahu segala-galanya.

Sebagai seorang Muslim, kita tidak digalakkan menyoal atau menafikan sesuatu yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. Ingatlah, setiap apa yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w adalah perintah dari ALLAH. Perintah ini bersifat Tauqifi, iaitu sesuatu yang perlu diterima tanpa mempersoalkannya.Cuba anda teliti kisah-kisah Rasulullah s.a.w dan para sahabat. Terlalu mudah untuk kita praktikan dalam hidup. Tidak ada yang menyusahkan diri jika kita terima sesuatu yang disampaikan itu menetapi apa yang ALLAH dan Rasulullah s.a.w tetapkan.

Oleh itu, bertakwalah mengikut kemampuan anda. Menyimpan janggut adalah sunnah Rasulullah s.a.w yang membawa kepada hukum yang wajib. Ikutilah sunnah baginda, anda akan bahagia di dunia dan akhirat.


Sunday, November 08, 2009

Alhamdulillah, Thank You Allah - Maher Zain

Bismillah.

Sudah lama tidak menulis.

bukan tiada idea.

cuma malas ingin berbicara.

biarkan semuanya menjadi mainan di minda.

Apa pun, posting kali ini aku nak share lagu dari Maher Zain.

Great Voice, Menyentuh jiwa.

Terima lah, Thank You Allah ! ^__^

Anda Mungkin Meminat Post ini Juga :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...