Follow Me ^_^
Saturday, June 27, 2009
Jawapan Jakim Tentang Status Sister In Islam
Soalan :
Assalamualaikum..
SAya mahu minta Jakim memberi penjelasan tentang pergerakan Sister In Islam. (SIS).
Adakah Mereka itu Satu Gerakan Yang Sesat ? .
Jawapan :
Waalaikumussalam
Sisters In Islam ialah satu Gerakan Pertubuhan Dakwah yang dianggotai oleh Wanita- Wanita Islam. Pergerakan ini memperjuangkan hak-hak wanita. Walau bagaimanapun Kumpulan ini sangat bersifat liberal. Perkara yang diperjuangkan oleh kumpulan ini bertentangan dengan Al-Quran dan Al-Hadith. Panel menasihatkan setiap perkara yang dikeluarkan oleh pertubuhan ini perlu diteliti dan rujuk kepada para ulama’, guru-guru Agama, Pegawai masjid atau pejabat Agama yang berhampiran untuk mendapat penjelasan yang lebih lanjut..
PANEL SJAI KUMP 1. 22060
Klik Sini Untuk Paparan Asal
Monday, February 16, 2009
Sister In Islam (SIS)
Amina Wadud Adalah Pengasas Sister In Islam
Sumber : muslimwakeup
petikan :
MWU!: Tell us more about Sisters in Islam
Amina Wadud: I was one of 8 women who started the group before it became an officially recognized NGO in Malaysia, and we work on various issues around gender justice.
Agenda Terbaru SIS
Musawah
Perjumpaan ini katanya bakal dihadiri oleh pelbagai tokoh Liberal Muslim yang dipertikaikan oleh ulamak Islam muktabar iaitu antaranya Muhammad Khalid Masud, iaitu pengerusi Majlis Ideologi Islamik dari Pakistan, Farida Bennani dari Morocco, Sana Benachour (Tunisia), Hussein Muhammad (Indonesia), Ziba Mir-Hosseini (Britain), Zainah Anwar (Malaysia), Siti Musdah Mulia (Indonesia) dan Nur Rofia (Indonesia) dan aktivis bukan Islam seperti Cassandra Balchin (UK) dan lain-lain.
Perjumpaan ini telah mendapat bantahan daripada Persatuan Ulama Malaysia cawangan Pulau Pinang (PUMPP) yang menyelar penganjuran program Musawah yang membawa agenda Islam Liberal ke Malaysia dan mempertikai prinsip-prinsip asas Islam.
Yang di Pertua Persatuan Ulamaa' Malaysia Dr Wan Salim Wan Mohd Nor berkata pertemua Musawah itu dilihat berhasrat mempertikaikan pelbagai prinsip-prinsip Islam khususnya dalam hukum syariah berkaitan wanita dan kekeluargaan yang dipersetujui dan diterima oleh kesepakatan ulamak muktabar.
Ayuh Kita Lihat contoh Repons terhadap Kertas Kerja Pengasas SIS bertajuk Enforcing Public Morality Oleh Hafiz AbdullahKertas Kerja (Part2)
Pandangan sahabat2 :
Pandangan aku :
SIS ini Adalah satu gerakan Liberal..
aku Buat2 Tidak tahu..sbb aku tahu korang semua dah tahu..mengapa gerakan ini
begitu mudah berjalan di Malaysia..Mereka Mendapat ruangan istimewa didada-dada
akhbar tempatan...sudah pasti tulisan2 mereka akan mengelirukan mereka yang
kurang didikan agama..YA ! mereka menwar-warkan bahawa mereka adalah pembela Wanita
Muslim...Membela hak2 Wanita Muslim...tetapi dalam pada yang sama mereka
mempersendakan Syariah2 ISLAM...Mencabar Ulama'..mentafsir mengikut hawa nafsu
mereka..Lihat sahaja pendirian2 mereka...Moga kita tidak terpengaruh dengan
dakyah2 mereka...Bagi aku, SIS ini harus di HARAMkan sahaja...



