Follow Me ^_^

Friday, October 17, 2008

Jalan2 di Alamanda

Hari ni HAri juMaat..aku n Rodzi pErgi Alamanda utk p cari Buku Kat MPH...2 buku aku beli..1st Bertajuk Masjid iTu HIdupku, aku beli buku tu sbb aku kadang2 kurang bermotivasi untuk solat di Masjid...hope lepas ni improve la sket...buku kedua yg aku beli bertajuk Bagaimana Mengenal Tasrif..Kaedah belajar arab secara efektif...RM5 je..berbaloi la jugak...

Hm...dekat 1 jam jugak aku membelek2 buku kat sana...sedang aku membelek2 buku kat ruangan agama, ada sepasang "couple" yg pergi belek2 Tafsir al-Quran..aku rasa bersyukur jg memula,walaupun perbuatan ber"couple" tu kurang baik tp at least ade jugak kesedaran agama..hope lepas dia baca tafsir tu cepat2 kahwin..heheh..tApikan apa yg mengecewakan aku adalah perkataan yang keluar dari pasangan lelaki.."Baiknya Awak..Baca ke benda2 macam ni ? ".. "mestilah baca" jawab psgan perempuan itu...lelaki tersebut terus menarik pasangannya keluar dari ruangan tersebut...Sedih aku melihat suasana yg sebegitu...seoalah2 malu hendak membuat kebaikkan...teringat pesan mak kepda kakak2, aku dan adik2..kalau nak cari pasangan hidup biar yang berilmu agama..paling tidak pun yg sukakan agama..

"Manusia akan berjaya selagi mana dia meletakkan dirinya dalam agama. Sebaliknya manusia akan binasa apabila meletakkan dirinya semakin jauh dan jauh daripada agama."

Tuesday, October 14, 2008

cOrat CoRet...

Bismillah...

Dah lama x up-to-date Blog nih...MaYb Sbb Busy Dengan Assingment n Kerja2 yG Lain...

Hari ni Aku Just Nak kongsi cerita...Masa Kat kelas Statistik..lecturer aku Dr C**w yg Br je balik dari Universiti Oxford telah membuka sedikit kotak pemikiranKu...dia Bagi perbandingan hidup di UK n hidup di malaysia..di UK walaupun Cukai pendapatan yang dikenekan agak tinggi..tp bg die, adalah lebih berbaloi dgn perkhidmatan yg di perolehi...penganguktan awam yang cekap dah terurus..berbeza dgn situasi mi Malaysia..cukai yg di kenakan tinggi..tp kita masih perlu memiliki kenderaan sendiri, kerana mutu perkhidmatan awam di negara kita masih rendah...Bas boleh Di Pajak Sesukahati...ade bas Free,terbengkalai begitu saja...Teksi Tidak Menggunakan Meter, mengenakan caj sesukaHati...dan juga Even tOL yg Mahal Masih Dikenakan...xtau la ape yg sedang di lakukan oleh menteri yg berkenaan...Mungkin mereka2 ini tidak atau telah lupa melalui keadaan kesusahan...atau Sibuk dgn Pemilihan Yg sedang berjalan...

*** Dr c**w turut mengetuk otakku dengan kenyataan..Mengapa Kita Harus Membayar "charge" sekiranya mengeluarkan wang dari bank yang berlainan ?? bkankah pihak bank telah mengaut berjuta2 keuntungan dari hasil pelaburan WANG kita ?? jadi mengapakah Harus kita membayar charge transaksi atau pengeluaran sedangankan adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk memastikan kita dapat membuat pengeluaran atau transaksi dengan mudah..

*** Sesuatu Harus Dilakukan....

Friday, October 03, 2008

Quran Explorer

Salam,

Sambil2 wat keje.. lawat ler laman web ni

http://www.quranexp lorer.com/ Quran/Default. aspx
kita boleh buka tiap2 hari sambil wat keje kat perjabat..or wat Assignment ke..Yang keja di
pejabat, satu -dua Juz sehari, InsyaAllah bolehlah khatam dalam sebulan sekali..

Laman web ini kita boleh dengar, baca dan fahami terjemahan ayat-ayat suci
Al-Quran! Laman web ini percuma dan tidak memerlukan sebarang pendaftaran.
Hanya layari laman web berkenaan dan gunakan semua tools yang disediakan.
Lebih menarik lagi, ada disediakan tools untuk menukar font, terjemahan
dalam bahasa pilihan, pilihan juzuk, qari yang membaca Al-Quran dan banyak
lagilah! Malah dengan membaca bersama dengan audio tersebut, kita boleh
memperbaiki sebutan dan bacaan kita..hukum2 tajwid jugak dapat dipelajari...ha..ape lagi..

Silalah layari laman web ini :

http://www.quranexp lorer.com/ Quran/Default. aspx

Dan jangan lupa, sebarkan link ini kepada rakan dan
saudara anda agar mereka juga mendapat faedahnnya..insyaAllah.. selamat hari raya!!

Anda Mungkin Meminat Post ini Juga :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...