Follow Me ^_^

Thursday, February 26, 2009

Dividen Tabung Haji : 5%

Berita baik bagi penyimpan/pendeposit Tabung Haji. Semalam, Tabung Haji telah mengumumkankadar dividen sebanyak 5% kepada 4.2 juta penyimpannya/pendepositnya bagi tahun 2008.

Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji)  mengumumkan pembayaran dividen sebanyak lima peratus bagi tahun kewangan 2008 tanpa mengisytiharkan sebarang pemberian bonus.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Tabung Haji tidak memberi bonus pada tahun ini disebabkan oleh kekangan dalam rizabnya.

''Pulangan (dividen) yang diberikan ini adalah kompetitif berbanding apa yang ditawarkan oleh institusi perbankan Islam yang lain,'' katanya pada sidang akhbar selepas majlis pengumuman dividen dan prestasi kewangan Tabung Haji di sini hari ini.

Berikut adalah kadar dividen Tabung Haji sepanjang 7 tahun yang lepas :

Tahun 2007 = 5.0% + 2% (bonus)

Tahun 2006 = 4.75%

Tahun 2005 = 4.5%

Tahun 2004 = 4.3%

Tahun 2003 = 4.0%

Tahun 2002 = 3.5%

Tahun 2001 = 3.25%

2 comments:

Anda Mungkin Meminat Post ini Juga :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...