Follow Me ^_^

Monday, June 22, 2009

Panggilan Maut

Bimillah..

Hari sabtu yang lalu, aku dapat panggilan dari senior aku semasa di Universiti, Kamal namanya, beliau bertanyakan aku tentang KA (khairul anwar) seorang lagi Senior aku yang merupakan kawan sejurusan dengannya, (aku juga satu jurusan dengan mereka)..
beliau menanyakan aku sama ada adakah benar bahawa KA sudah meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya,kerana beliau mendapat berita dari kawan nya dan cuba menghubuni KA, tetapi tidak berjaya.. terkejut aku mendengar berita itu..
meremang bulu roma aku, teringat detik-detik bersama KA semasa di Universiti dahulu. Perasaan hiba memuncak, walaupun berita itu belum benar kesahihannya..
Aku sudah lama tidak menghubungi KA, kerana nombor telefonnya sudah hilang didalam memori telefon bimbitku, Kamal meminta aku menanyakan tentang hal itu kepada rakan-rakan yang lain untuk kepastian..

aku Menghubungi Luqman, sahabat baikku yang juga merupakan kenalan KA, terkejut juga LuQman pada mulanya, walaupun aku mengatakan bahawa berita itu belum pasti, aku meminta beliau mengesahkan berita itu, Luqman Seakan-akan takut untuk menerima kenyataan itu..

Aku menunggu Pengesahan dari Luqman..

Sementara itu aku memberi Mesej kepada kak hani yang juga kenalan KA yang juga tinggal dikawasan yang sama dengannya, Kak Hani menelefon aku, dan dalam keadaan sedikit tergelak mengatakan bahawa dia baru sahaja menghubungi KA atas urusan tertentu, dan beliau masih sihat dan masih lagi hidup..Lantas Kak hani memberi no telefon KA kepadaku..dan aku mem"foward" kepada Kamal.

Kamal menelefonku, mengatakan bahawa berita Kematian KA itu tidak benar, dan sudah dapat menghubungi KA semula...Aku tersenyum sinis..sambil-sambil bertanyakan perkembangan terbaru beliau..

Luqman kembali menelefonku, mengesahkan berita yang sama, lega hati kami, sempat juga aku bertukar perkembangan terbaru, Luqman kini sudah dapat pekerjaan secara kontrak, Alhamdulillah.. :)

Moral cerita diatas adalah :

1. Sesuatu berita itu haruslah mendapat kepastian dahulu sebelum disebar-sebarkan.
2. Jasa dan kebaikan sahabat selalunya hanya dikenang tatkala seorang itu telah pergi.
3. Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya.. :)


1 comment:

AiE bAhRi said...

Hargailah bila bersahabat kerana apabila dia telah tiada pasti kita akan menyesal..

Anda Mungkin Meminat Post ini Juga :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...