Follow Me ^_^

Monday, August 31, 2009

Arak, KArtika, KuiL dan Merdeka

Bismillah...

Sudah lama tidak membuat ulasan tentang isu semasa..
Ada khabar keluargaku dah tahu kewujudan blog aku..
Agak segan juga kerana mereka tidak semuanya sepandangan dgn aku..
tentu sahaja mereka akan menasihatiku agar tidak termakan dengan kata..

Membaca tulisanku, tentu sahaja mereka tahu aku beraliran kearah yang mana..
Ketepikan soal aliran..
aku pasti kita mahukan yang baik untuk semua..
apa yang penting, kita terus berpandangan kehadapan..

Arak

ISu arak di selangor kedengaran semula..
jika dulu pemuda pas membuat demo dihadapan kilang arak..
kini Gabungan NGO Melayu (kebanyakannya pemuda umno) membuat demo pula..
isunya tetap sama..
cuma penyelesaiannya yang berbeza..
jika dulu semasa Umno berkuasa..
tiada apa tindakan drastik yg diambil untuk menghalang kegiatan arak berleluasa..
kini Pas, parti komponen dalam PR, membuka langkah, memperketatkan kawalan..
dan hasilnya, terdapat beberapa premis menghentikan penjualan arak secara terbuka..
namun, pemuda umno seperti tidak sabar..
mereka mahukan kilang arak ditutup sekarang juga..
pelik, ketika mereka memerintah, tiada pula desakan sedemikian..
tapi itu tidak mengapa..
niatnya baik seperti pemuda pas suatu masa dulu juga..
malangnya..ungkapan "Takbir" di perlekehkan menjadi "Take Beer"..
Jika mereka benci dengan pas sekalipun..
tidak perlu mencerca ungkapan takbir..
cerca sahaja PAS secara terus..
Takbir bukan hanya untuk PAS..
Tapi untuk setiap muslim..
Allahuakbar..Bukannya Hidup Melayu..

Kartika

Pemudi yang berani..
kesanggupanya menerima hukuman dikagumi..
Moga beliau benar2 insaf..
Dan bertaubat Nasuha..

cuma sedikit pelik..
pak menteri pula yang tidak senang dengan hukuman mahkamah..
dikatakannya pula hukuman itu keterlaluan..
dan mempertikaikan mengapa kartika tidak mahu membuat rayuan..
mungkin mereka khuatir akan imej malaysia..
kerana CNN telah mempropagandakan ISu ini..
Sekali lagi kita takut dengan mereka..
walaupun kononnya kita Membenci mereka..

Aku Pelik Kembali..
Pak menteri kata tiada tukang sebat..
Mahkamah pula kata ditangguhkan kerana Bulan Puasa..
Mahkamah juga menolak kenyataan Pak menteri bahawa tiada tukang sebat..
aku pelik..
Menteri itu buat kerja kah ?
Baru ingin mencari tukang sebat !! (padahal sudah ada)
Nampak sangat tiada kesunguhan mahu undang2 Islam dilaksanakan..

Aku membaca Kenyataan KAKAK-DALAM-ISLAM..
Sukahati mereka memperlekehkan ulama'2..
dikatakan Ulama' bersorak gembira kerana menjatuhkan hukuman terhadap perempuan..
sunggup celupar pena mereka..
Aku desak JAKIM cepat2 mengharamkan kegiatan mereka..
walaupun aku tahu ianya agak sukar kerana mendapat dokongan dari anak2 Pak Menteri..

KuiL

KuiL diselangor menjadi Isu..
Aku akui tempatnya begitu dekat dengan surau dan kawasan kediaman..
Jika aku ditempat mereka, aku turut tidak puas hati juga..
Aku tidak pertikaikan tindakan tidak puas hati mereka..
Berdemolah..walaupun itu bukan budaya mereka..
Cuma mengapa banner "Take beer" turut dibawa sama ?
mengapa kepala lembu dipijak2 sedemikian rupa ?
ini bukan Demo kepada SPRM..
ini bukan Demo Isu Arak..
ini demo Isu kuiL..
dan lembu itu Tuhan bagi mereka..
DEngarlah nasihat Ketua Pemuda Umno yang menolak kegiatan menghina agama..
Pembawa kepala lembu dan pemijaknya harus diberi peringtan keras..
agar menjadi pelajaran kepada semua..

Ikuti Penjelasan Khalid samad.. KLIK SINI

Merdeka

HAri Ini Kita menyambut Merdeka..
Alhamdulillah, sudah 52 tahun kita mengecapi kemerdekaan..
Namun adakah kita benar2 merdeka ?
Bukankah kita masih menggunakan perundangan Penjajah ?
Adakah jika kita mengubahnya, maka kita akan diancam untuk dijajah kembali ?
Takutkah kita untuk melawan mereka kembali ?
Agar kita benar2 merdeka ?

Jika selama ini hak 65% umat Islam dibumi Merdeka dinafikan untuk mengunakan perundangan Agama,
Bukankah sudah tiba masanya untuk kita menuntut hak kita ?
Tidak cukupkah 52tahun masa disia-siakan untuk kita menurut kata ?
Mengapa mengambil sebahagian dari Al-Quran, dan meninggalkan sebahagian yang lain ?
Jangan jadikan alasan 35% bukan Islam sebagai penghalang..
Sepatutnya Perundangan ISlam Adalah yang tertinggi..
Perundangan Sivil dibawahnya..
dan itu lah untuk 35% yang bukan islam..

Tidak yakinkah kita dengan Undang-Undang Pencipta ?
Ini Bukan Isu PAS, Umno, Pkr, DAP, MIC apatah lagi MCA..
Ini adalah tanguggung jawab setiap mereka yang bergelar Muslim untuk mengembalikan Hukum Pencipta !
Moga kita benar2 Merdeka.. ^_^

3 comments:

Encik Rezza said...

nice artical bro..
isu arak mmg da lama kat selangor nih..
kuil pon jgn citer la..kat tempat saya nih (bkt rotan), kuil lg besar dr surau n den ia betul2 di atas surau tuh.. Da la lg besar,lg tinggi lak tuh dan semestinya ia dibina semasa pemerintahan Ameno.. haishh..
Kartika saya respek la bro.. tp x tau la.. i hear sum of them said dat kartika ni bwat mcm tuh utk populariti.. but then she shows her excellent inner side of herself.. Taubat is crucial 4 those who commited sins.. Malaysia need to improvise their law sespecially that connected with "hudud".. Changes for better future is better rather then cure it.. takbirr

Anonymous said...

http://www.khalidsamad.com/2009/08/peta-lokasi-berhubung-kuil-seksyen-19.html

bc pnjlsn khalid samad..kite akn trsnym puas..

-demahdali

Unknown said...

Rezza : Betul tu..Kita harapkan masa depan yang lebih baik ! InsyaAllah.. ^_^

Demah Dali : tQ Bro..Ana dah baca penjelasan, dan dah buat link ke blog YB..^_^

Anda Mungkin Meminat Post ini Juga :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...