I made this video playlist at myflashfetish.com
Follow Me ^_^
Monday, December 29, 2008
Thursday, December 25, 2008
HUDUD
hari ni aku nak tulis sedikit pandangan aku tentang HUDUD...
Mungkin dah ramai Yang Tulis tentang perkara ini...
tp aku nak tulis jugak...mudah2an Kawan2 aku ada yg terbaca.. :)
Dalam Al Quran jelas menyatakan tentang perlaksanaan HUDUD..
Firman Allah Taala: Dan hendaklah kamu menjatuhkan hukuman di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan ALlah kepadamu. Jika mereka berpaling (dari hukum yang diturunkan Allah), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah mengkehendaki akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasiq. (Al-Maidah:49)
FirmanNya lagi: Itulah hukum-hukum yang telah ditentukan sendiri oleh Allah. Oleh kerana itu janganlah kamu mencabulinya. Dan Sesiapa yang mencabuli hukum-hukum yang telah ditentukan ALlah, merekalah orang yang zalim. (Al-Baqarah:229)
FirmanNya lagi: Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus sebatan, dan janganlah kamu dipenmgaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan hendaklah disaksikan hukuman siksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang yang beriman. (Al-Nur:2)
Berdasarkan ayat2 diatas jelas la menunjukkan Wajib bagi kita melaksanakan HUDUD tanpa sebarang rasa sangsi...sahabat2...Mahukah kita tergolong dalam golongan orang2 yang ZALIM ?
Sudah Tentu Tidak...
Balik pada isU pokok iaitu perlaksanaan HUDUD...
aku "paste"kan kat sini sedutan buku tentang penjelasan perlaksanaan HUDUD...
Apabila disebut sahaja hudud, maka ramai yang terbayang satu perlaksanaan undang-undang yang kembali kepada seratus, dua ratus malah beribu tahun yang silam. Samada isi undang-undang itu ataupun perlaksanaannya.
Apabila disebut hudud lagi, mereka akan berkata:
"...habislah akan kudunglah tangan anak-anak kita."
"habislah, akan mati kena rejamlah anak-anak muda..
"Habislah... bla.. bla..."
Seolah-olah, apabila hudud dijalankan, maka semua orang akan berebut-rebut untuk mencuri agar tangannya dipotong. Mereka membayangkan, bahawa anak-anak muda akan bersesak-sesak untuk berzina agar dirinya disebat 100 kali. Manakala para isteri dan suami berlumba-lumba untuk berzina agar dirinya mati direjam batu.
Namun, apabila undang-undang ciptaan otak manusia mengatakan bahawa pengedar dadah akan dikenakan hukuman gantung sampai mati, maka mereka dengan rela hati bersetuju. Katanya: "Memang patut dan adil.." Tidak terkeluar dari lisan-lisan mereka mengatakan bahawa undang-undang itu zalim dan kejam.
Semasa undang-undang ini diluluskan, tidak ada seorangpun yang mengatakan: ".. Habislah, matilah anak-anak kita kena gantung.."
Memang, di dalam Islam perlaksanaan takzir (menurut setengah mazhab) boleh mencecah hingga ke hukum bunuh, seperti kes pengedar dadah.. Bukan ini yang kita persoalkan. Ia hanya secara kebetulan bertepatan dengan Islam. Ia bukan undang-undang Islam.
Inilah kesan dari seruan halus golongan berhaluan sekular.. Hingga begitu parah jadinya.
---------------------------------------------------------------
Lagi....
Apabila kita katakan, bahawa di dalam Islam:
* Orang yang mencuri hendaklah dipotong tangan.
* Orang bujang yang berzina disebat 100 kali, jika telah berkahwin direjam sampai mati.
* Bunuh balas bunuh, luka balas luka dsbnya..
Golongan sekular akan mengatakan bahawa undang-undang itu terlalu kejam. Tidak berperikemanusiaan. Kemudian mereka akan mengatakan, bagaimana dengan orang-orang kafir? Sudah tentu mereka tidak akan menerimanya... Tidak cukup begitu, mereka mengarahkan para ulamak mereka untuk menafsirkan kembali nash-nash hudud. Sehingga ada yang sanggup mengatakan bahawa ayat-ayat mengenai hudud itu hanyalah pada zahirnya sahaja. Yang perlu diambil ialah pengajaran dan nilainya.. AKibatnya mereka membatalkan hudud yang termaktub di dalam al-Quran.
Baiklah, apabila mereka mengatakan bahawa orang-orang kafir tidak akan menerima perlaksanaan undang-undang Islam, lalu para ulamak Islam bangkit memberi penjelasan bahawa ada sebahagian mazhab yang membolehkan orang kafir membuat pilihan, samada undang-undang Islam atau undang-undang mereka.
Puak sekular menjawab, di mana keadilan perlaksanaan hudud. Hanya pada orang Islam sahaja. Tidak pada orang kafir. Nanti, katanya, jika ada dua orang yang mencuri. Seorang muslim dan seorang kafir, maka si muslim akan dipotong tangannya, sedangkan si kafir tidak. Apakah ini adil, katanya. Nanti, ramai orang Islam yang kudung tangannya. Bagaimana dengan kehidupan mereka? Sudah tentu mereka akan ketinggalan berbanding dengan orang kafir.,p> Kemudian bila mereka kata undang-undang Islam terlalu kejam serta tidak sesuai dengan zaman ini, lalu para ulamak bangkit lagi menjelaskan bahawa undang-undang Islam ini amat teliti. Prinsipnya ialah, lebih baik tersalah dalam melepaskan orang yang bersalah daripada tersilap dengan menghukum orang yang tidak bersalah.
Para ulamak menjelaskan lagi, sebenarnya amat sukar untuk mensabitkan seseorang dengan kesalahan hudud. Perlu begini dan begini...
Mereka menjawab, ringan sangat. Kalau begitu ramailah penjenyah yang terlepas begitu sahaja...
---------------------------------------------------------------
Kita tidak tahu samada manusia seperti ini wujud atau di Malaysia, negara tercinta ini. Jika wujud, kita wajib melarikan diri darinya.
Dan, ada yang kata tidak perlu.. Kita perlu mendekatinya dan berdakwah kepadanya.
Kami berkata, tidak perlu.. Wajib menjauhkan diri darinya atau kamu yang akan disambar kejahilan dan kejahatannya. Berlepas dirilah darinya.
Kita akan ditimpa bencana jika kita mengangkat orang-orang seperti ini menjadi pemimpin kita, teman dan pembantu kita..
"Jika mereka berpaling (dari hukum yang diturunkan Allah), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah mengkehendaki akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka." (Al-Maidah:49)
Azab Allah yang MAHA pedih dan laknat dariNya melaknat ke atas orang-orang yang sengaja mencari alasan itu dan ini untuk menjauhkan diri dari melaksanakan serta menghalang perlaksanaan syariatNya di bumi bertuah ini.
"Hai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah di mukabumi, maka berilah keputusan (hukuman) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab siksa yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan." (Shad:26)
Sebenarnya kalau korang nak tau...Susah sebenarnya nak SABITkan seseorang itu bersalah dan dikenakan hukum HUDUD...kalau btol2 ada bukti yg cukup berserta saksi barulah hukuman dapat dilaksanakan...
mungkin korang akan kata...senang la terlepas org2 yang melakukan kesalahan tersebut jika tidak cukup bukti..
ha...kat sini la br kita boleh gunakan hukum Takzir...iaitu undang2 yg ditentukan oleh kerajaan untuk menjaga kemashalatan negara....
but...kenala UTAMAkan hukum Hudud dan Qisas dulu...
aku pon x pasti kenapa la diorg tkt sgt...
bukankah ianya HANYA dikenakan kepada org2 yang melakukan kesalahan...
haa...mesti korang2 ade niat nak lakukan jenayahkan ? sbb tu x mau....
hehe...aku pun sama kadang2...
but itulah gunanya hukuman yg berat..
agar kira takut melakukannya...
mencegah lebih baik dari merawat...
btol x ?
***
Aku melihat Isu2 HUDUD dibangkitkan Semula Oleh media Massa Baru2 ini...
aku tidak tahu apakah Motifnya...
Pihak Pas mengatakan Bahawa iSu itu sengaja dibangkitkan oleh MEDIA BN untuk menakutkan pengundi bukan melayu di KT dan untuk merenggangkan hubungan antara Pakatan rakyat...
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyifatkan perkara itu sebagai "isu lama" berkata pelaksanaan hukum hudud dan qisas sering dibangkitkan setiap kali musim pilihan raya tetapi sehingga kini tiada apa yang dilakukan oleh PAS untuk melaksanakan slogan politik mereka itu."-sumber agendadaily.com
ada juga Pihak Umno yang mencabar PAS keluar dari Pakatan Rakyat sekiranya matlamat sebenar parti itu melaksanakan hudud gagal...
Ha...mungkin korang terfikir..
kenapa lah PAS dah perintah Kelantan berbelas tahun tapi still tidak melaksanakan hukum hudud sperti yg dikatakan oleh NAJIB ?
jwpn nya adalah...
"Kerajaan negeri tidak mempunyai bidang kuasa untuk melaksanakan selagi tiada pindaan yang dilakukan di peringkat parlimen,"
Tiada apa dilakukan oleh PAS ?
Lihat apa jadi dengan Enakmen Jenayah Syariah II (hudud) yang diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993, sehingga kini tidak dapat dilaksanakan kerana halangan perlembagaan.
Harap korang smua clear la about this ok...
Nilai la sendiri..
Anda tentuka siapa yg BENAR...
ps : aku suka warna hijau putih.. :)
siapa yg minat nak ambil subjek undang2 jenayah Islam kat UPM aku cadangankan ambil di
bawah ustaz Lukman.. :)
Monday, December 22, 2008
Aku Dan Result Dan Melaka
Lama Tak menulis..eh..menaip..=P
nak start dari mana eh..byk sebenarnya nak aku tulis2 nih..
start je la..hehe..
Aku n Family P melaka untuk Menghabiskan Cuti sekolah bersama Adik2ku dan kakak2 serta sepupu dan atOk..
Start perjalanan pkl 12.30tgh hari..
Sebelum itu aku tertunggu2 Pihak UPM mengUPDATE sistem supaya dapat check final result aku sebelum p suka2..
tp..seperti biasa..mmg xleh dpt tgk jugak result..esok kot kuar..Aku mnta SahabatkU Fikri untuk bgtau sekiranya dah bOleh check..TQ fiK ! =)
So aku p melaka tnpa dpt tau result aku..agak tidak best jugak la..
dalam perjalanan aku singgah solat jumaat kat Kulai...
aku nak Cite sket pasal Solat jumaat ni..
Aku xtau la kenapa..sejak berzaman2..kualiti Khutbah sama je..
xDe perubahan.."BOSAN" mungkin agak kasar tp itu realitinya..
Isinya kadangkala amat baik..tp gaya penyampaiannya amat lah bosan..mengantuk..
kadangkala aku cuba sedaya upaya untuk menunjukkan minat mendengar dgn serius..tp sering kali keseriusan itu berakhir dgn ketiduran..
aku inginkan agar Khatib2 tidak lagi sekadar "memBACA" khutbah..tp menyampaikan dgn penuh bersemangat..
serta mempunyai "contact" dengan org2 yang mendengar..agar dapat Membakar semangatKU dan yAng lain...tidak kira dalam apa pun topic yg cuba disampaikan...
Sesuatu harus dilakukan...
***
seLepas Solat Jumaat trus menuju ke melaka...
dalam pkL 5.30ptg sampai ke destinasi yg di tuju..
aKu bawa kete slow2 je..sebab Atok aku ikut sekali..
xleh bawa laju2..nnti kene SoUnd..hehe..
***
esOknya..Kami berJAlan2 ke Kota melaka..Melihat perkembangan Melaka..
Meriah btul Kotanya..Ramai Pelancong...berbeza dgn di Johor Bahru..
Dataran Pahlawan antara tempat yg baru yang Aku kunjungi..
banyak kedai2 berjenama dan butik2 dibuka di situ...
aku x beli apa2 pun sbb xtau nak beli ape..kat JB semua ade..
aku HAnya pergi ke MCD untuk mengeCHECK result final aku menerusi WIfi percuma yg disediakan..hehe..terima kasih E65..
aLhamdulillah resuLt terbaik yang aku dapat sepanjang pengajianKu...
Teringat kata2 sahabatKU LuQman aL HaFiz...Jika Kita Membantu Agama Allah..Allah pasti akan membantu kita..dan iaNya terbukti BEnar..SuBhaNALLAH..
Aku Pon Belanja adik2ku eSkrim..Baskin rObins...^_~
Sebelum Itu aku Aku menunaikan SoLat ZOhor di dataran Pahlawan..susah nak cari dan amatlah jauh kedudukan Surau nya...
dan seperti biasa la..amatlah kecil..apa yang mencuri perhatian ku adalah diPintu masuk surau tersebut ada "notis" atau pun luahan rasa seseorang berkenaan Surau tersebut..
aDA benarnya apa yg diluahkan itu...
SeSuatu harus diLakukan...
***
MalamNya...aku Dan adik2 serTa sepupu perGi ke Menara Taming Sari..
SAtu tarikan baRu yang ada di Melaka...
mula2 aku ingt mcm menara KL..naik lIf..pastu pusing2 kat atas..Rupanya sangkaan aku meleset...
naik dari bawah..pasTu naik dgn berpusing2..Amat Menarik...
cadangannYa ingin ke eye On Malaysia..Kini diMelaka..tetapi "tersalah' jalan..
trus membawa kami ke medan Selera dan Kami Makan..hehe
***
BalIk !!
Aku baLik ke Jb Jam 1.00ptg..Lepas makn tgh Hari tepi tasik...
Singah p Umah Sedara Kawen Kat Ayer Hitam...
dan terlanjur p ayer hitam...
aku AmbiL kesempatan beLi OtoMen Untuk Kawan dan Untuk Aku..hu3..
Rambang Mata Kat Sana..Mcm2 ada..hrga pon berpatutan..
Aku sampai Umah jam 5.30 ptg...
Penat..tapi SeroNok.. =)
Monday, December 15, 2008
Bush dan Kasut
pembaling kasut kata :
(1st shoes) : "this is a goodbye kiss from the Iraqi people, dog
(2nd shoes) : "This is for the widows and orphans and all those killed in Iraq."
ape yg Bush Kata : "If you want the facts, it's a size 10 shoe that he threw"
aku Kata : Padan Muka Bush ! Pttnye tembak je.. :P
Thursday, December 11, 2008
iKlan "perKHidMatan" JUDI !
Baru2 ni aku beli Paper BErita HArian..
Dah Lama sbnrnye x beli PAper..
Sllnya Baca Online je kat website...
Aku Selalunya baca Paper start dari belakang..
aku baca ruangan Sukan dulu...
Sedang2 aku membelek2 paper tu..
aku dapati ada perkara yang tidak betuL telah berlaku..
aku Rasa Agak Gusar berkenaan dengan iKlan2 "perKhidMatan " Nombor Ramalan Yang Semakin Byk Di Iklankan di Surat kaBo Melayu Itu..
Aku pasti..
tentu saja Akhbar itu di Baca Oleh Majoritinya Berbangsa Melayu dan BerAgama isLam..
Apa Yang Menjadi Tanda Tanya Adalah...
Mengapakah iKlan ROKOK boleh Pula Di HAramkan...
SEdangkan iklan2 JUDI tidak Diharamkan..
sedangkan Sudah Jelas Lagi Nyata PErBuatan Itu LEBIH berBAhaya Kepada Masyarakat BerBanding Rokok..
tApi, Yang aku lagi Bengang giLe..
Bile Kat iKLan tu Tulis "ON ASRAF" untuk mengetahui rahsia disebalik nama untuk diBuat Nombor Ramalan..
Rasa Nak Bakar Je paper tu..
dah La IkLan tu SAtu haL..
ni Siap Letak Nama MELAYU/ISLAM kat Iklan JUDI...
Sentitif la Sket...
nanti BUdak2 MelaYu/ISLAM yang KUrang AgamaNya Ingt Judi ni Macam HalaL je..
Yang Tahu Haram Pon StILL Beli..
nikan Pulak Yang xTau..
nAk Buat Untung Pon Agak2 la..
Jgn Pertaruhkan NasiB Anak Muda Negara...
Judi Ni Patut DiHAramkan Sebab Byk Yg KeburukanNya..
Aku Percaya...
xKira bangsa/Agama apa Pon..
SemuaNya Tahu Yang JUdi Tu xBaik..
PS : kerajAan HaruS BUat ProMo KaTakan Tak Nak JUDI !!
JgN la Takut Pada GENTing dan MAgNum..
Qurban di Kampung
Salam AidiL Adha...
Alhamdulillah Hari ni (10 disember) aku Sekeluarga diPermudahkan Allah Untuk Membuat Ibadah Qurban...
LemBu Berwarna Hitam...
Mula2 Agak Sukar jUga Untuk Di Jinakkan..tp Alhamdulillah..SegalaNya Berjalan dgn Lancar..
Sembelihan Bermula Jam 9 pagi..dan Habis DiagiH2kan kira2 jam 12tgh hari..
Video Kat Atas pak Busu Aku Yang AmbilKan..x clear sngt Sbb pakai Phone je.. :)
***
Ibadah qurban Memberi pengertian Yang Besar Buat diriku..
Selain ianya Menjadi simbol KeTaatan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail MenjalanKan perintah Allah...
Ia Juga Menjadi SatU Sunnah Bahawa Perlunya Orang2 yang berkemaMpuan Mengeluarkan Sedikit Harta Sebagai tanda besYukur Atas nikmat Harta yg Allah kurniakan..
***
DiniHari..
Ramai Manusia Berkejar2 kerana Harta...
dan Megah Jika memilikinya...
Yang tiaDa dianggap Seperti tidak Berharga...
Ada Juga Yang diPAndang Hina...
Hebat Sangatkah Kita jika Memilikinya ?
BukanKah Harta Itu hanya Sementara..
Dan Bukan semuaNya Milik Kita...
JAdi MeNgapaKah Kita menghambakan diri Kerananya...
TidakKah mereka Mengetahui bahawa Allah tidak memandang Harta...
Hanya TaQwa yang membezakan Kita...
Pesan Buat Diriku Agar Berwaspada...
dengan tipu daya Syaitan Yang durjana...
Yang Sentiasa Menyesatkan Kita...
Insaflah WaHai diriKu....
Saturday, December 06, 2008
Ibadah Qurban dan yang terkorban...
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
WHAT IS QURBAN ?
The act of Qurban (Sacrifice) is carried out by millions of Muslims every year during Eid Al-Adha. Following the example of The Father of Prophets, Abraham (AS).
Allah (swt) says in the Quran: "It is neither their meat nor their blood, that reaches Allah, it is your piety that reaches Him". (Al Qur'an, Ch:22 v:37)
The prophet Muhammad PBUH was asked "What is Qurban?", He answered, "It is the sunnah of your father Ibrahim (AS), for every hair of the Qurban you will receive a reward from Allah and for every hair in the wool you will receive a reward". (Hadith - Ibn Maja and Tirmidhi).
PS : Salam AidiL Adha Buat Semua n Takziah bUat KeLuarga Mangsa Runtuhan Tanah runtuh di BUkit AntaraBangsa yang terkorban..