Follow Me ^_^

Thursday, December 25, 2008

HUDUD

Bismillah...

hari ni aku nak tulis sedikit pandangan aku tentang HUDUD...
Mungkin dah ramai Yang Tulis tentang perkara ini...
tp aku nak tulis jugak...mudah2an Kawan2 aku ada yg terbaca.. :)

Dalam Al Quran jelas menyatakan tentang perlaksanaan HUDUD..

Firman Allah Taala: Dan hendaklah kamu menjatuhkan hukuman di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan ALlah kepadamu. Jika mereka berpaling (dari hukum yang diturunkan Allah), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah mengkehendaki akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasiq. (Al-Maidah:49)

FirmanNya lagi: Itulah hukum-hukum yang telah ditentukan sendiri oleh Allah. Oleh kerana itu janganlah kamu mencabulinya. Dan Sesiapa yang mencabuli hukum-hukum yang telah ditentukan ALlah, merekalah orang yang zalim. (Al-Baqarah:229)

FirmanNya lagi: Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus sebatan, dan janganlah kamu dipenmgaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan hendaklah disaksikan hukuman siksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang yang beriman. (Al-Nur:2)


Berdasarkan ayat2 diatas jelas la menunjukkan Wajib bagi kita melaksanakan HUDUD tanpa sebarang rasa sangsi...sahabat2...Mahukah kita tergolong dalam golongan orang2 yang ZALIM ?
Sudah Tentu Tidak...


Balik pada isU pokok iaitu perlaksanaan HUDUD...
aku "paste"kan kat sini sedutan buku tentang penjelasan perlaksanaan HUDUD...

Apabila disebut sahaja hudud, maka ramai yang terbayang satu perlaksanaan undang-undang yang kembali kepada seratus, dua ratus malah beribu tahun yang silam. Samada isi undang-undang itu ataupun perlaksanaannya.

Apabila disebut hudud lagi, mereka akan berkata:
"...habislah akan kudunglah tangan anak-anak kita."
"habislah, akan mati kena rejamlah anak-anak muda..
"Habislah... bla.. bla..."

Seolah-olah, apabila hudud dijalankan, maka semua orang akan berebut-rebut untuk mencuri agar tangannya dipotong. Mereka membayangkan, bahawa anak-anak muda akan bersesak-sesak untuk berzina agar dirinya disebat 100 kali. Manakala para isteri dan suami berlumba-lumba untuk berzina agar dirinya mati direjam batu.

Namun, apabila undang-undang ciptaan otak manusia mengatakan bahawa pengedar dadah akan dikenakan hukuman gantung sampai mati, maka mereka dengan rela hati bersetuju. Katanya: "Memang patut dan adil.." Tidak terkeluar dari lisan-lisan mereka mengatakan bahawa undang-undang itu zalim dan kejam.

Semasa undang-undang ini diluluskan, tidak ada seorangpun yang mengatakan: ".. Habislah, matilah anak-anak kita kena gantung.."

Memang, di dalam Islam perlaksanaan takzir (menurut setengah mazhab) boleh mencecah hingga ke hukum bunuh, seperti kes pengedar dadah.. Bukan ini yang kita persoalkan. Ia hanya secara kebetulan bertepatan dengan Islam. Ia bukan undang-undang Islam.

Inilah kesan dari seruan halus golongan berhaluan sekular.. Hingga begitu parah jadinya.

---------------------------------------------------------------

Lagi....
Apabila kita katakan, bahawa di dalam Islam:
* Orang yang mencuri hendaklah dipotong tangan.
* Orang bujang yang berzina disebat 100 kali, jika telah berkahwin direjam sampai mati.
* Bunuh balas bunuh, luka balas luka dsbnya..

Golongan sekular akan mengatakan bahawa undang-undang itu terlalu kejam. Tidak berperikemanusiaan. Kemudian mereka akan mengatakan, bagaimana dengan orang-orang kafir? Sudah tentu mereka tidak akan menerimanya... Tidak cukup begitu, mereka mengarahkan para ulamak mereka untuk menafsirkan kembali nash-nash hudud. Sehingga ada yang sanggup mengatakan bahawa ayat-ayat mengenai hudud itu hanyalah pada zahirnya sahaja. Yang perlu diambil ialah pengajaran dan nilainya.. AKibatnya mereka membatalkan hudud yang termaktub di dalam al-Quran.

Baiklah, apabila mereka mengatakan bahawa orang-orang kafir tidak akan menerima perlaksanaan undang-undang Islam, lalu para ulamak Islam bangkit memberi penjelasan bahawa ada sebahagian mazhab yang membolehkan orang kafir membuat pilihan, samada undang-undang Islam atau undang-undang mereka.

Puak sekular menjawab, di mana keadilan perlaksanaan hudud. Hanya pada orang Islam sahaja. Tidak pada orang kafir. Nanti, katanya, jika ada dua orang yang mencuri. Seorang muslim dan seorang kafir, maka si muslim akan dipotong tangannya, sedangkan si kafir tidak. Apakah ini adil, katanya. Nanti, ramai orang Islam yang kudung tangannya. Bagaimana dengan kehidupan mereka? Sudah tentu mereka akan ketinggalan berbanding dengan orang kafir.,p> Kemudian bila mereka kata undang-undang Islam terlalu kejam serta tidak sesuai dengan zaman ini, lalu para ulamak bangkit lagi menjelaskan bahawa undang-undang Islam ini amat teliti. Prinsipnya ialah, lebih baik tersalah dalam melepaskan orang yang bersalah daripada tersilap dengan menghukum orang yang tidak bersalah.

Para ulamak menjelaskan lagi, sebenarnya amat sukar untuk mensabitkan seseorang dengan kesalahan hudud. Perlu begini dan begini...

Mereka menjawab, ringan sangat. Kalau begitu ramailah penjenyah yang terlepas begitu sahaja...

---------------------------------------------------------------

Kita tidak tahu samada manusia seperti ini wujud atau di Malaysia, negara tercinta ini. Jika wujud, kita wajib melarikan diri darinya.

Dan, ada yang kata tidak perlu.. Kita perlu mendekatinya dan berdakwah kepadanya.

Kami berkata, tidak perlu.. Wajib menjauhkan diri darinya atau kamu yang akan disambar kejahilan dan kejahatannya. Berlepas dirilah darinya.

Kita akan ditimpa bencana jika kita mengangkat orang-orang seperti ini menjadi pemimpin kita, teman dan pembantu kita..

"Jika mereka berpaling (dari hukum yang diturunkan Allah), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah mengkehendaki akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka." (Al-Maidah:49)

Azab Allah yang MAHA pedih dan laknat dariNya melaknat ke atas orang-orang yang sengaja mencari alasan itu dan ini untuk menjauhkan diri dari melaksanakan serta menghalang perlaksanaan syariatNya di bumi bertuah ini.

"Hai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah di mukabumi, maka berilah keputusan (hukuman) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab siksa yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan." (Shad:26)

Sebenarnya kalau korang nak tau...Susah sebenarnya nak SABITkan seseorang itu bersalah dan dikenakan hukum HUDUD...kalau btol2 ada bukti yg cukup berserta saksi barulah hukuman dapat dilaksanakan...

mungkin korang akan kata...senang la terlepas org2 yang melakukan kesalahan tersebut jika tidak cukup bukti..
ha...kat sini la br kita boleh gunakan hukum Takzir...iaitu undang2 yg ditentukan oleh kerajaan untuk menjaga kemashalatan negara....
but...kenala UTAMAkan hukum Hudud dan Qisas dulu...

aku pon x pasti kenapa la diorg tkt sgt...
bukankah ianya HANYA dikenakan kepada org2 yang melakukan kesalahan...
haa...mesti korang2 ade niat nak lakukan jenayahkan ? sbb tu x mau....
hehe...aku pun sama kadang2...
but itulah gunanya hukuman yg berat..
agar kira takut melakukannya...
mencegah lebih baik dari merawat...
btol x ?

***

Aku melihat Isu2 HUDUD dibangkitkan Semula Oleh media Massa Baru2 ini...
aku tidak tahu apakah Motifnya...

Pihak Pas mengatakan Bahawa iSu itu sengaja dibangkitkan oleh MEDIA BN untuk menakutkan pengundi bukan melayu di KT dan untuk merenggangkan hubungan antara Pakatan rakyat...

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyifatkan perkara itu sebagai "isu lama" berkata pelaksanaan hukum hudud dan qisas sering dibangkitkan setiap kali musim pilihan raya tetapi sehingga kini tiada apa yang dilakukan oleh PAS untuk melaksanakan slogan politik mereka itu.
"-sumber agendadaily.com

ada juga Pihak Umno yang
mencabar PAS keluar dari Pakatan Rakyat sekiranya matlamat sebenar parti itu melaksanakan hudud gagal...

Ha...mungkin korang terfikir..
kenapa lah PAS dah perintah Kelantan berbelas tahun tapi still tidak melaksanakan hukum hudud sperti yg dikatakan oleh NAJIB ?

jwpn nya adalah...

"Kerajaan negeri tidak mempunyai bidang kuasa untuk melaksanakan selagi tiada pindaan yang dilakukan di peringkat parlimen,"

Tiada apa dilakukan oleh PAS ?

Lihat apa jadi dengan Enakmen Jenayah Syariah II (hudud) yang diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993, sehingga kini tidak dapat dilaksanakan kerana halangan perlembagaan.

Rang Undang-Undang berkaitan hudud turut dibentang dan diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu ketika ditadbir di bawah PAS pada 1999, juga terhalang daripada dilaksanakan.

Harap korang smua clear la about this ok...
Nilai la sendiri..
Anda tentuka siapa yg BENAR...

ps : aku suka warna hijau putih.. :)
siapa yg minat nak ambil subjek undang2 jenayah Islam kat UPM aku cadangankan ambil di
bawah ustaz Lukman.. :)

No comments:

Anda Mungkin Meminat Post ini Juga :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...